Assalamualikum wbt saya ucapkan kepada pihak PTS One dan para juri yang menilai cerita saya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PTS One kerana mengadakan pertandingan reviu ini.Saya akan membuat reviu tentang buku yang bagi saya mempunyai ilmu yang sangat bermanfaat di dalamnya iaitu Young Aisyah: Ponteng Puasa.Buku ini hasil nukilan gabungan idea dua penulis berbakat iaitu Akak Saridah Hamid dan Abang Reja.Mengapa saya kata buku ini sangat bermanfaat?Kerana terdapat banyak info-info di dalamnya.Antaranya,di mukasurat belakang buku ini terdapat stiker-stiker doa ketika berbuka puasa, bersahur dan banyak lagi! Dari tidak tahu terus jadi tahu! Selain itu, buku ini juga mengisahkan tentang persahabatan Aisyah dan sahabat baiknya, Nazirah. Mereka saling berhubung melalui surat walaupun mereka berjauhan. Ini menunjukkan bahawa persahabatan yang kukuh takkan pernah putus! Jauh di hati tapi dekat di mata. Justeru,buku ini memang bermanfaat lagi-lagi dengan cara penulisan Akak Saridah dan Abang Reja yang santai dan mudah difahami membuatkan saya terhibur untuk meneruskan pembacaan. Baiklah itu sahaja untuk reviu saya kali ini. Saya mengankhirkan ucapan reviu saya dengan Assalamualaikum wbt.
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!