Engku Muhammad Afiq

Tunas Super: PA Eksklusif

P.A. Ekslusif karya Nur Afiqah merupakan buku daripada siri Tunas Super yang hendak saya ulas. Selepas mengarang buku berkisarkan tudung dan hijab dalam Miss Shawlista, gadis berusia 14 tahun ini kembali dengan soal kehidupan seorang pembantu peribadi, atau lebih sinonim dengan gelaran P.A, yang merupakan akronim kepada personal assistant.

Kisah ini memang begitu mencuit hati. Walaupun jauh di sudut hati Naura Aqilah, dia langsung tidak berminat dengan kerjayanya, itu yang memutikkan rasa geli hati dalam diri saya. Melayan si bos, Naim yang berbagai-bagai kerenah dan suka menyakat, memanglah situasi kelam-kabut yang tidak pernah dirancang dalam carta hidup.

Konflik tiba-tiba muncul apabila dikhabarkan Syaima ialah datang kekejaman selama ini. Menyorokkan surat tawaran kerja Naura, itu tugasnya. Memalukan Naura di hadapan semua, dialah puncanya. Menimbulkan huru-hara dalam diari hidup Naura, tidak lain tidak bukan, dialah perangka segalanya. Apa jenis kawanlah Syaima itu! Dengki punya angkara, balas dendam berleluasa. Saya pohon semua memusuhi gadis mereng itu, ya!

Paling buat otak saya hampir putus fius apabila terpaksa menghadam fakta-fakta yang berbelit. Siapa sahajalah yang menyangka, selama ini, si dia memang punya kaitan dengan si dia. Seperti orang kata, dunia ini kecil sahaja. Begitu mudah bertemu kembali, tidak susah bersua semula, tanpa dirancang dan diketahui! Memang babak itu akan buatkan semua rela mengulang bacaan berkali-kali!

Oh, sejujurnya, novel ini layak dihadiahkan lima ribu bintang yang saya sendiri petik dari langit! Ingin saya nyatakan, saya mahu benar novel ini diadaptasikan ke bentuk filem! Pasti meletup-letup sambutannya, kalah filem cinta adaptasi yang pernah pecah panggung. Percayalah, jalan cerita novel ini memang mampu menyaingi gempaknya Ombak Rindu dan Suamiku Encik Perfect 10!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!