Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan! Saya Nurfatini Izzati ingi membentangkan ulasan berkenaan dengan novel terkenal iaitu yang berjudul 'Innocent Girl'
Qaseh adalah seorang gadis yang cerdik,peramah,dan mempunyai ramai kawan.Di sebalik sifat periang,dia menyimpan seribu duka di dalam hati.
Qaseh perlu berhadapan dengan karenah Datin Rosmah,nenek yang disayanginya.Ketegasan dan kebencian Datin Rosmah terhadap Qaseh sekeluarga sering kali membuat Qaseh putus harapan untuk berbaik dengan neneknya.Tambahan lagi,kesabaran Qaseh teruji apabila sepupunya,Aiman dan Daniel sering membuli Qaseh yang tidak bersalah apabila dia pulang ke kampung.
Tetapi,Qaseh lega kerana Puan Laila,ibunya terus menyokongnya dan memberi rangsangan untuk terus menghadapi dugaan dan ujian mendatang.
Novel ini diterbitkan pada tahun 2014 oleh syarikat tersohor di seantero Malaysia,iaitu,PTS One.Novel ini mengandungi 158 helai muka surat.Untuk kawan-kawan yang ingin mengetahui kisah lanjut.Belilah di kedai buku berdekatan.Kisah ini benar-benar menyayat hati.Sampai disini sahaja.Assalamualaikum!! Jangan lupa share tau!
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!