Karya sulung Khairul Nur Ayuni ini mengisahkan tentang Wanie, anak tunggal Encik Badrul dan Puan Rohaya yang terkenal dengan jolokan gadis sombong ekoran sikapnya yang angkuh, keras kepala dan tidak mendengar kata. Habis ikhtiar ibu dan ayahnya sehingga jalan akhir dipilih untuk mendisiplinkan anak gadis itu dengan menghantarnya ke kampung. Di kampung, Wanie dipaksa berdikari oleh datuknya yang garang. Hah! Gadis sombong vs Aki garang. Barulah buku bertemu ruas. Padan muka Wanie!

Di kampung, Wanie bertemu Diya dan Abang Sufian. Selain aki dan opah, mereka memainkan peranan penting dalam mengubah diri Wanie. Setelah episod kesombongan Wanie berakhir, dia mendapat tahu yang sebenarnya Diya adalah adik beradik susuannya. Dapatkah Wanie menerima kenyataan ini? Tentulah boleh. Wanie kan sudah berubah. Malah dia gembira dan bersyukur sekali dengan berita ini.

Wanie kembali ke sekolah dengan azam dan semangat baru sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu dan ayahnya sangat gembira dengan perubahan Wanie.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!