NurZafirah Razali

OMG! Gila Pink

*Nota: Saya menulis semula reviu ini kerana telah menghantar gambar selfie saya sahaja tanpa buku tersebut. Saya memohon maaf atas kesalahan tersebut.

Novel ini mengisahkan tentang Nazim Rosman yang amat menggilai warna pink dan digelar Jejaka Pink di sekolah. Dia sering menjadi sasaran pembulian Geng Samseng Tingkatan Dua: Zol, Jo dan Bob. Teman barunya, Mia Zara sudi membantu Nazim Rosman untuk menjadi lebih kuat. Tidak semena-mena pula, Nazim Rosman menjadi suspek dalam kesalahan disiplin sekolah iaitu mencalar tingkap kereta guru-guru! Nazim Rosman dan Mia Zara bekerjasama mencari pesalah sebenar dan membersihkan nama mereka berdua semula. Akhirnya, pesalah sebenar berjaya ditangkap dan Nazim Rosman menjadi lebih kuat dan mula berjinak dengan warna-warna lain.

       Novel ini sangat unik, kreatif dan dekat di hati remaja. Novel ini adalah hasil nukilan Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan. Watak-watak dalam cerita ini memang menarik dan mempunyai kerenah masing-masing yang lucu. Perwatakan Mia Zara memang patut dicontohi atas sikapnya yang baik hati, suka menolong dan pandai mempertahankan diri. Antara pengajaran yang ada dalam novel ini adalah kita tidak boleh terlampau obses terhadap sesuatu, jaga keselamatan diri, jangan merosakkan harta benda seseorang, sentiasa berani mempertahankan diri, jangan suka membuli sesiapa yang lebih lemah dan jangan menilai orang daripada luaran.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!