NurZafirah Razali

OMG! Gila Pink

Novel OMG! Gila Pink mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang bernama Nazim Rosman yang terkenal dengan gelaran 'Jejaka Pink' di Sekolah Sri Bangsar. Hal ini sebab Nazim Rosman amat suka dan obses dengan warna pink. Bilik tidur warna pink, jam warna pink, baju warna pink, beg sekolah pun warna pink! Ramai yang tahu bahawa warna pink ini sebenarnya amat sinonim dengan perempuan, jadi ia akan menjadi pelik apabila lelaki menyukai warna pink.

       Pada suatu hari, Nazim Rosman dibuli oleh tiga ahli samseng tingkatan dua, Zol, Jo dan Bob. Dia tidak mampu membuat apa-apa sehingga seorang pelajar perempuan, Mia Zara datang menolongnya dan membantunya untuk menjadi seorang lelaki yang kuat dan kurangkan obsesnya pada warna pink. Dia juga siap sediakan Boot Camp untuk Nazim Rosman. Sepanjang Boot Camp itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti berlari, bermain bola sepak dan berlatih taekwondo.

       Tiba-tiba, Nazim Rosman dituduh melakukan kesalahan disiplin, iaitu mencalar dinding kereta guru-guru. Disebabkan Nazim Rosman obses dengan warna pink, dia terus dituduh sebagai suspek yang disyaki hanya kerana bukti-bukti yang dijumpai semuanya berwarna pink!

       Nazim Rosman dan Mia Zara bekerjasama untuk menyiasat kes ini dan membersihkan nama Nazim Rosman. Tidak sangka pula, Mia Zara ditangkap di tempat kejadian dan dituduh cuba mencalar kereta pengetua! Oleh itu, dia ditahan dalam pengawasan guru kaunseling. Nazim Rosman terpaksa membersihkan nama mereka sendiri. Akhirnya, dia berjaya menangkap pesalah di hadapan guru disiplin iaitu Cikgu Amnah. Rupa-rupanya pesalah tersebut adalah Zol, Jo dan Bob. Mereka bertiga dijatuhkan hukuman buang sekolah dan Nazim Rosman berjaya mendapat sijil keberanian manakala Mia Zara dibebaskan daripada pertuduhan. \

       Sudah pasti penulisnya adalah penulis terkenal Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan serta terbitan syarikat Blink Book Sdn. Bhd. Novel ini mempunyai 120 mukasurat dan sangat sesuai untuk pembacaan remaja. Cerita ini juga sangat menarik, kelakar dan dekat di hati remaja. Kita patut contohi watak Mia Zara yang sangat baik dan sanggup menolong Nazim Rosman supaya tidak dibuli lagi. Dia sentiasa berada di sisi Nazim Rosman sewaktu susah dan senang. Berkat pertolongan Mia Zara, Nazim Rosman kini menjadi lebih kuat dan mula berjinak dengan warna lain selain warna pink. Jangan jadi seperti watak Zol, Jo dan Bob yang suka membuli orang dan suka menayang kekuatan. Semua itu tidak memberi makna dan hanya menyusahkan orang lain sahaja.

       Antara pengajaran yang terdapat dalam cerita adalah kita tidak boleh terlalu obses terhadap sesuatu tetapi biarlah bersederhana, jadilah seseorang yang suka dan sanggup menolong orang dalam kesusahan, jangan jadi sebahagian daripada masyarakat yang tidak berguna dan suka menyusahkan orang lain, sentiasa menjadi kawan atau sahabat yang baik, dan sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan suatu masalah.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!