Reshma Rao

OMG! Gila Pink

Hai, sekali lagi saya menulis reviu siri Omg! Novel siri Omg! hari ini bertajuk Omg! Gila Pink. Novel ini adalah karya Kak Ain Maisarah dan Abang Haziq Ridzuan. Novel ini tidak begitu tebal dan tidak begitu nipis. Ketebalannya amat sesuai dengan saya kerana saya sebagai pelajar mestilah banyak kerja sekolah bukan? Jadi bolehlah habis baca dengan cepat dan buat kerja. ^-^ Unsur-unsur lucu juga tidak ketinggalan dalam cerita ini.

Cerita ini adalah tentang seorang pelajar tingkatan 2 yang bernama Nazim Rosman. Nazim sangat-sangat menyukai warna pink sampai satu bilik berwarna pink. Di sekolah juga Nazim dikenali dengan sikap menggilai warna pink. Nazim Rosman akan dibuli oleh tiga orang pelajar iaitu, Zol, Jo dan Bob (geng samseng tingkatan 2) kerana menyukai warna pink yang dianggap sebagai warna perempuan. Oleh itu, Mia Zara pelajar baharu akan menjadi bodyguard Nazim Rosman dan membantunya.

Tetapi suatu hari, kejadian yang amat mengejutkan telah berlaku. Kereta Cikgu Amnah telah dicalar! Oleh sebab bahan bukti berwarna pink, semua mengesyaki Nazim yang bersalah walaupun telah dinafikan olehnya. Siapakah pesalah yang sebenar?

Misteri lagi! Rasa meluatkan? Macam nak tumbuk sahaja. Itulah yang membuatkan buku ini menarik. Semua misteri!

Saya pernah menjumpai seorang lelaki yang juga seperti Nazim Rosman semasa di sekolah rendah. Pink, pink, pink! Tetapi dia cikgu prektikallah dan juga dikatakan pelakon. (tetapi tidak tahu lakon dalam cerita apa. :p) Baju pink, tali leher pink , kasut pula pink gelap yang bagaikan warna merah tu.

Sekian terima kasih. Itu sahaja untuk reviu saya. Harap semua menyukainya. ^o^

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!