Buku 'Miss Spa Lawan Gadis Kampung' dihasilkan oleh dua orang puteri comel iaitu Ain Maisarah dan Nur Khairiah. Temanya yang boleh saya dapati ialah kerjasama.
Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Syaza yang digelar Miss Spa. Ibunya Puan Mariah pengusaha Cinta Spa yang terkemuka. Cikgu Waheedah membuat satu pertandingan. Akhirnya keputusan pemenang terpilih ialah Syaza dan Mawar. Mereka perlu bergabung tanpa rela.
Babak yang menarik hati saya ialah Syaza dan Mawar merasai satu persatu adat Spa masing-masing. Mawar mencuba cara model Spa Syaza. Akhirnya Syaza mengikut Mawar pulang ke Kampungnya. Disana mereka amat mesra. Sehinggakan Syaza terkejut melihat muka Mawar putih melepak seperti hantu. Sebabnya ialah kemesraan boleh dirasai apabila berbaik-baik antara satu sama lain.
Pengajarannya ialah kita perlu bekerjasama supaya kerja menjadi mudah dan cepat. Tolong menolong dan bertolak ansur juga penting. Tidak kira siapa kita dan dimana kita berada.
Buku ini wajar untuk di baca. Kita boleh kenali banyak tentang Spa Model dan Spa Tradisional Kampung.
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!