Nuruddin Afiq

Misi Fizik

Buku ini mengisahkan Nuke,seorang pelajar berbadan gempal yang ingin berguru dengan Fizi,seorang pemuda misteri dalam matapelajaran 'fizik' demi tidak membebankan rakan-rakannya dalam sebuah pertandingan Softball.

Buku ini mengajar erti tidak berputus asa kerana watak utama buku ini iaitu Nuke berusaha untuk memahami fizik demi membantu rakan-rakannya dan menjadi kurus.

Selesai setiap satu bab,pembaca akan diberikan info lebih terperinci mengenai fizik.Buku ini bukan sekadar mengenai pelajaran saja,buku ini juga mengenai persahabatan,sukan dan juga erti tidak berputus asa.Melalui buku ini,saya pasti ramai yang akan tertarik untuk belajar fizik dan juga mengubah pandangan mereka terhadap fizik.

Saya berharap agar penulis terus menerus menulis buku yang bermanfaat seperti ini.Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!