REJA MEMPERSEMBAHKAN NOVEL GRAFIK "YOUNG AISYAH THE COMIC" Episode satu Hari Kantin.
Komik istimewa "young aisyah the comic" ini adalah adaptasi daripada siri NOMIK (Novel + Komik) Young Aisyah.
Mengisahkan mengenai seorang budak perempuan bernama aisyah, murid darjah 4 Sekolah Kebangsaan Badak Berendam. Pada suatu hari, guru besar (bukan berbadan besar ya!) Puan Rohani memaklumkan kepada murid-murid yang pihak sekolah akan menganjurkan hari kantin untuk menambah dana sekolah bagi menampung kos menaik taraf makmal komputer. Jadi dari situlah cerita komik ini bermula... pelbagai kisah menarik dan mencuit hati berlaku. Cabaran demi untuk menjayakan hari kantin di sekolah amat menyeronokkan/mengerikan? Mampukah mereka mengatasinya? Penampilan istemewa: Chef Hamiliza!
Selain komik, "young aisyah the comic" juga turut disertakan dengan beberapa catatan khas yang ditulis oleh Aisyah sendiri tau, catatan yang penuh dengan informasi untuk pembaca-pembaca sekalian. Ingin mengetahui bagaimana mahu elak mata pedih semasa potong bawang? atau kak cawan itu menggemukkan? beli la komik "young aisyah the comic" terbaik!!!
Lukisan didalam komik "young aisyah the comic" sangat comel (cute) sesuai untuk bacaan santai seisi keluarga. Oh ya.. cikgu jaslina cantik la~~~ Jalan cerita komik ini pada mulanya nampak seperti hanya sesuai pada kanak-kanak (umur bawah 10 tahun?) namun semakin berkembang cerita, semakin menarik pula untuk dibaca oleh golongan dewasa. Ia seperti memberi pengajaran dan tauladan kepada setiap pembaca muda dan tua. Banyak benda baru boleh dipelajari melalui komik ini.
"Young Aisyah The Comic" boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda, atau boleh beli di kedai buku online (bookcafe.com.my). Komik ini tidak berwarna ya, cuma hitam putih je.
"ULASAN KOMIK 2016 YOUNG AISYAH THE COMIC OLEH ASYRAFIE"
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!