Komik Misi 8A merupakan komik karya anak muda tempatan pertama yang saya beli. Mengisahkan tentang dua sahabat Aizad dan Zahid yang mempunyai latar belakang dan personaliti yang berbeza. Hasil keputusan peperiksaan yang tidak memberansangkan kesemua gajet Aizad telah dirampas dan akan dikembalikan sekiranya mendapat 'A' dalam peperiksaan akan datang. Pertemuan tidak disangka apabila mereka berdua ingin mengetahui keputusan peperiksaan mereka terkini. Dari situlah persahabatan mereka terjalin dimana Aizad meminta Zahid untuk mengajarnya dan membantu mendapatkan A dalam peperiksaan. Pada mulanya Aizad belajar untuk mendapatkan A dan memastikan dia berjaya memperoleh gajetnya semula. Namun semuanya berubah dengan bantuan Zahid apabila dia mengetahui cara dan teknik belajar dengan berkesan. Dengan berkat dan kesungguhan mereka akhirnya kedua-dua mereka berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Misi 8A bukan lah sekadar kisah seorang pelajar yang mahu mendapat keputusan cemerlang semata mata. Komik ini turut menyelit kata kata motivasi dan cara teknik belajar dengan berkesan untuk para pembaca. Selain itu persahabatan antara Aizad dan Zahid yang ditonjolkan dalam komik ini dimana Zahid membantu Aizad dari kosong hingga memperoleh keputusan cemerlang.
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!