PEKOMIK BESTSELLER, AFIQ & NAZRY MEMPERSEMBAHKAN SIRI BESTSELLER KOMIK-M "MISI 4 FLAT"
"Selepas Misi 8A dan Misi 10A berjaya disempurnakan, kini Aizat, Zahid, Putera, Kimi, Fizi dan Mat meneruskan perjuangan mereka dalam kehidupan bagi merealisasikan impian masing-masing."
Komik MISI kali ini mengisahkan Aizat, Zahid, Putera, Kimi, Fizi dan Mat yang telah menamatkan zaman persekolahan mereka. Setiap dari mereka telah melangkah kehadapan untuk misi seterusnya. Fokus utama Misi 4 Flat kali ini adalah pada Mat dan Fizi., bagaimana mereka mengharungi ujian dan cabaran untuk berjaya mencapai target mereka iaitu 4 flat atau 4.0 [markah sempurna dalam sistem pemarkahan CGPA (Grade Pointer Average)].
Komik Misi 4 Flat turut memuatkan pelbagai pesanan dan dorongan berserta dengan tip-tip untuk berjaya di Universiti. Mungkin bagi pembaca muda komik misi kali ini sedikit mengelirukan (ye kot?), tapi itu semua adalah satu ilmu yang suatu hari nanti mereka bakal gunakan untuk berjaya dalam hidup.
Lukisan komik ini cantik dan kemas seperti komik-komik siri misi yang lain. Dengan setiap halaman berwarna 100% membuatkan pembaca tertarik dan terpesona dengan kecantikan alam yang dipaparkan didalam komik ini. Sungguh indah dunia ini rupanya... Jalan cerita pula sedikit berbeza berbanding komik sebelum ini, mungkin kerana setiap watak telah meningkat dewasa dan mula sedar akan tanggunjawab yang lebih besar dan mencabar. Agak sedih juga....
Komik Misi 4 Flat ini nipis sangat, rasanya tidak mencukupi bagi hampir 90% pembaca. Ini kerana banyak yang ingin kita ketahui dan banyak juga yang ingin kita pelajari melalui komik yang hebat ini. Mengikut penilaian asas, komik-komik MISI sepatutnya memiliki sekurang-kurangnya 400 muka surat untuk setiap buku komik. Tidak banyak komik yang berjaya memotivasikan pembaca komik di malaysia.
Beli dan bacalah komik-komik MISI keluaran komik-m, komik yang padat dengan ilmu yang diperlukan untuk survive. Dapatkan segera selagi stok masih ada. Anda pasti teruja untuk memilikinya!!!
"ULASAN KOMIK 2016 MISI 4 FLAT OLEH ASYRAFIE"
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!