Komik ini mengisahkan Mat dan Fizi yang baru saja memasuki alam universiti.
Komik ini memang Ohsem!Jalan cerita yang penuh dengan permainan emosi.Komik ini mengajar erti tidak berputus asa dan ketabahan.Setiap watak menghadapi cabaran yang berbeza berbeza tetapi tujuan yang sama iaitu 4 flat.
Fizi seorang pemuda yang menuntut di sebuah universiti tempatan.Demi mencapai cita-citanya iaitu menjadi angkasawan,Fizi mesti mendapatkan 4 flat.Malangnya,pensyarah di kelas Fizi sering tidak memasuki kelas.Walau bagaimanapun,Fizi tetap tidak berputus asa dan berani menuntut ilmu daripada orang tua misteri yang dianggap gila oleh orang sekeliling.Berdasarkan cerita ini,memang komik ini mengajar erti tidak putus asa dan kecekalan.
Mat seorang pemuda yang menuntut di Masschusetts Institute Of Technology(MIT) pula menghadapi cabaran yang lebih berat.Kebanyakan orang di sekelilingnya Islamofobia termasuk pensyarahnya.Mat sering dihina oleh pensyarahnya kerana agama yang dipeluk Mat.Namun,rakannya iaitu Depp sering membantunya sehinggalah berlaku satu peristiwa yang mengubah segala-galanya.Berdasarkan kisah Mat pula,cerita ini juga mengajar erti ketabahan,persahabatan dan juga tidak putus asa.
Di bahagian rehat pula ada tips survival di alam universiti yang sangat berguna kepada orang yang belum dan masih menuntut di universiti.Komik ini memang banyak memainkan mainan emosi,saya menangis ketika Depp dilanggar lori.Hihi..
Itu saja review saya.Harapnya ada banyak lagi siri macam ni di PTS.Sekian,terima kasih :D
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!