Komik Atan ini menceritakan kisah perjalanan kehidupan Hasbi bersama kerbau kesayangannya Atan yang meruntun jiwa. 

Ditambah pula konflik yang berlaku ketika sahabat kembarnya Aniqah dan Anisah yang hilang ketika mereka ingin melihat kelip-kelip. Namun tatkala Anisah dijumpai , Aniqah hilang buat selamanya. 

Kisah ini bertambah menarik apabila Atan hendak dijadikan haiwan  sembelihan sempena majlis perkahwinan anak kedua Tok Ketua. Ketika Atan hedak disembelih, Hasbi membawa Atan lari kerana sayangnya tak terhingga kepada Atan  dengan bantuan Anisah. Anisah mengalih perhatian dengan menipu bahawa dia terjumpa kakaknya, Aniqah.

Namun perkara buruk berlaku ketika Hasbi melarikan Atan, seekor buaya telah menyerang mereka. Atan telah terkorban ketika kejadian itu berlaku. 

Apa yang saya pelajari dari komik ini, tak semua yang kita sayang akan kekal bersama kita buat selamanya. Haiwan juga boleh dijadikan sahabat dan faham perasaan kita sekiranya kita menyayanginya seperti Hasbi sayangkan Atan. Pelbagai nilai menarik yang tersirat dan tersurat terkandung dalam komik ini. Komik ni the best!!!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!