KOMIK EDISI ISTIMEWA "ATAN" KARYA BEN WONG
"PENUH EMOSI! PERSAHABATAN! PENGORBANAN!
Sebuah komik berwarna penuh berlatarbelakangkan sebuah perkampungan yang sangat indah, penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka penduduknya terutama sekali bagi Hasbi dan kerbau kesayangannya atan.
Cerita dimulai dengan pengenalan watak hasbi, atan, aniqah dan anisah yang mana akan membawa pembaca untuk menjelajah keunikan dan kecantikan di sekitar kampung buana tunggal. Kehidupan penduduk kampung yang jarang kita temui pada masa kini.
Didalam komik ini juga ada memuatkan temu bual bersama ben wong (pelukis yang banyak menghasilkan komik hebat di malaysia), gambar-gambar eksklusif ben wong, sketches dan artwork eksklusif dan juga greetings & tribute artworks daripada artis-artis komik jemputan.
Lukisan dalam komik atan sangat unik dan begitu memukau. Berbeza dengan lukisan pada komik ben wong sebelumnya dimana pada komik atan ini ia dilukis menggunakan warna air secara digital. Hebat bukan!!
Jika anda ingin mencari sesuatu yang baru, Jangan lupa dapatkan komik Edisi Istimewa Atan di kedai buku berhampiran anda.
Stail lukisan yang luar biasa, jalan cerita yang menyentuh jiwa, dan komik tebal berwarna penuh yang telah memenangi "Anugerah The 8TH International Manga Award 2015". - ATAN SEBUAH KARYA BEN WONG
"ULASAN KOMIK 2016
EDISI ISTIMEWA ATAN OLEH ASYRAFIE"
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!