Buku Novel ' Hantu Kutip Hutang' telah dihasilkan oleh dua orang penulis yang cantik molek bernama Ain Maisarah dan Eima Manan. Tema buku ini berkaitan tentang Kejujuran.

Buku ini telah menarik minat saya untuk membaca, dalam bukh ini saya boleh mengenali tentang berhutang yang tidak boleh diambil mudah kerana hutang tetap di bawa mati.

Buku ini mengisahkan satu kejadian aneh yang berlaku di Sekolah Sri Bali. Di situ terdapat gadis bernama Neeloma. Dia telah di tuduh pengkianat dan pecah amanah kerana duit tabung yang dipegang selama ini hilang. 

Babak yang meninggalkan kesan pada saya ialah pada mulanya salah seorang kawan Neeloma mati tiba-tiba sehinggakan Neeloma menerima satu sampul yang berisikan duit sebanyak RM50. Neeloma terkejut dan tidam mengerti apa yang berlaku. Kawan-kawannya menuduh Neeloma punca semua itu sehinggakan Roh seorang gadis cina muncul. Sebabnya ialah orang yang tidak amanah tidak akan di sukai ramai orang.

Akhir sekali Echah menjadi buta dimana dia terlibat dalam sagu kemalangan. Sejak ith Echah Sentiasa terbau colok dan Roh Mei Lin sering menemaninya.

Pengajaran dalam buku ini yang saya dapati ialah Jangan suka berhutang dan hutang haruslah dilangsai secepatnya. Jujur dan amanah juga penting dalam diri masing-masing.

Buku ini sangat wajar untul dibaca semua masyarakat tidak kira kanak-kanak atau remaja. Pengajarannya amat berguna kepada pembaca. Hutang tetap kubawa mati.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!