Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya memilih nomik ini kerana nomik ini sungguh seronok untuk dibaca.Nomik ini dikarang oleh seorang penulis yang bernama Timie Zafira.Terdapat beberapa unsur seram dan lawak yang diselitkan dalam nomik ini.Setiap rumah harus memiliki satu nomik ini.

Ringkasan cerita ini:

  Yaya, BoboiBoy, Ying, Fang dan Gopal menubuhkan Kelab Misteri di sekolah untuk menyelesaikan apa sahaja misteri. Apabila seorang demi seorang pelajar datang dengan khabar angin tentang sumpahan dan misteri bangunan usang di sekolah, mereka berjanji akan membongkarkan setiap tipu daya di sebalik misteri itu. Namun, surat ugutan tidak putus-putus dihantar kepada Kelab Misteri. Di atas surat itu tertulis 'Kelab Misteri akan hancur dengan 7 sumpahan'.Yaya dan kawan-kawannya terus menyiasat sehingga identiti hantu harum dibongkar. Penjenayah di sebalik topeng hantu harum ini ialah Siti dengan tujuan mahu melindungi tumbuhan yang tumbuh di bangunan usang itu.Tumbuhan itu telah pupus di Pulau Rintis.

  Antara pengajaran daripada cerita ini adalah kita hendaklah bantu-membantu sesama rakan apabila ditimpa masalah.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!