
Amirah Diyana
Kalau aku betul-betul berada dalam situasi ini, layakkah aku jadi ahli terbaru The Wannababes? Semuanya kita boleh tahu dalam buku ini. Terang lagi bersuluh, saya tak layak! Syarat pertama sahaja sudah sesak nafas membacanya. Buku ini, bukan menceritakan seorang gadis remaja yang mengejar 'glamour' sahaja semata-mata, tetapi mempunyai unsur nilai murni yang sering menjadi konflik dalam kalangan remaja zaman kini iaitu PERSAHABATAN. Dari buku ini, saya dapat melihat sisi berlian The Wannababes setelah sekian lama saya hanya melihat sisi kaca mereka sahaja. Buku ini juga membuat saya belajar sesuatu yang begitu berharga iaitu erti sebuah persahabatan. Jika ditanya pendapat saya tentang persahabatan, saya sudah mempunyai jawapan baru untuk diberi. Erti persahabatan itu terlalu berharga sehingga tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.