Assalamualaikum, dan hai hai. Hari ini saya nak ulas mengenai novel Aku Mahu Jadi  The Wannababes nukilan Kak Ain Maisarah. Semuanya mesti tahu Kak Ain merupakan penulis novel yang popular dan dalam  pada masa yang sama karya-karya Kak Ain digilai ramai termasuk saya. Ehem, bukan saya sorang sahaja ya! Ibu dan abang-abang  saya  sangat obses dengan novel-novel Kak Ain. Karya Aku Mahu Jadi The Wannababes yang memang kelakar habis menceritakan tentang Shasha naib residen The Wannababes perlu menyertai program  pertukaran pelajar di Vietnam! Oh tidak! Mereka bertujuh kan best friend forever? Mana boleh berpisah!!! Ketiadaan Shasha ibarat bagai hilang kekuatan dan patah kaki bagi The Wannababes dan Fasharina selaku ketua mencadangkan untuk mencari ahli yang baru. Apa lagi? Kecohlah seluruh sekolah apabila mendapat berita The Wannababes membuka peluang keahlian untuk menggantikan tempat Shasha buat sementara. Siapa yang tidak mahu setaraf dengan mereka bertujuh? Cantik, bergaya dan kaya-raya tetapi gedik bagai nak gila. Sepadanlah kan, dengan tagline cover bukunya,    " Diva Terlajak Laris." Selepas membuat pemilihan dan temuduga setaraf temuduga American Idol, Rina dipilih menjadi ahli yang baru. Rina pula, memang tak senang dengan Fazura dan Fazura pun tidak suka Rina sampai meletusnya perang. Paling tak sangka, Fazura dikeluarkan oleh Fasha dari kumpulan The Wannababes! Fasha ibarat lupa dengan ikatan tali persahabatan yang terjalin semenjak kedatangan Rina. Fazura pula seorang  yang tidak pernah kalah! Sehari dari ke sehari dia membongkarkan identiti Rina yang sebenarnya! Rina! Wajahnya dibuat pembedahan plastik malah Rina menipu ahli The Wannababes katanya anak Dato'.  Patutlah Rina lawa semacam! Wah, beraninya Rina mencari fasal! Walau apa pun dugaan yang mendatang The Wannababes tetap bersama walaupun Shasha jauh di nun sana dan mereka akan setia menjadi The Wannababes yang terkenal dengan dos terlebih gedik! 

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!