Buku yang saya mahu reviu bertajuk Aku Mahu Jadi Seoulvivor.Ia adalah hasil nukilan dua orang penulis berbakat iaitu Ain Maisarah dan Rashiela Nurain.Buku ini bertemakan keutuhan dan semangat persahabatan dalam melalui liku-liku kehidupan di perantauan.Ia mengisahkan Sazzy dan Fazura mengharungi segala cubaan seperti diculik bersama.Buku ini sangat menarik ditambah lagi dengan kaver bunga -bunga yang comel menarik hati.Saya amat menyukai buku ini kerana ia amat bertepatan dengan citarasa zaman kini.Babak yang paling mendebarkan adalah apabila Sazzy harus memilih antara dua sahabatnya untuk dibunuh.Ia sangat memilukan hati sesiapa sahaja.Namun saya juga agak terkejut apabila mengetahui ia hanyalah laokonan semata-mata sebagai hadiah hari jadi Sazzy.Cerita yang penuh emosi ini memberi banyak pengajaran kepada saya antaranya harus berhati-hati ketika di negara orang.Saya menyarankan agar semua orang terutama orang yang minat melancong membaca buku ini kerana ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malah dapat menjadi panduan ketika berada di Seoul,Korea.Oleh itu,saya memberi 10 bintang untuk buku yang berguna ini.
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!