Hai Saya Diana. Ulasan buku saya ialah sebuah buku dari terbitan Blink Book iaitu nukilan penulis tersohor, Ain Maisarah dan Rashiela Nurain yang bertajuk Aku Mahu Jadi Seoulvivor. Novel ini diterbitkan pada tahun 2016. Saya membelinya ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Novel ini mengisahkan tentang pengalaman pahit manis buat Sazzy dan Fazura yang pergi ke Korea bersama-sama untuk menyambut hari lahir Sazzy yang ke-17. Tiket ke Korea ini adalah sebagai hadiah buat Sazzy daripada ibubapanya. Fazura yang sudah seringkali ke Korea telah dipilih sebagai teman untuk ke sana.Novel ini ialah sequel dari novel Aku Mahu Seoul Mate dari penulis yang sama iaitu Ain Maisarah dan Rashiela Nurain . Watak tambahan dari novel yang terdahulu iaitu Kim Jiwon diperkembangkan lagi dalam novel ini. Jika novel Aku Mahu Seoul Mate bercirikan perlancongan, untuk novel Aku Mahu Jadi Seoulvivor ini pula, penulis Rashiela Nurain telah memberikan kelainan dalam penulisannya bagi menulis novel bercirikan 'thriller'.
Aku mahu Seoul mate ialah merupakan pengenalan buat watak Kim Jiwon dan pertemuan pertama Fazura dengan Kim Jiwon . Untuk novel Aku Mahu Jadi Seoulvivor, watak Fazura dipertemukan lagi dengan watak Kim Jiwon di sebuah hutan berdekatan dengan sebuah perkampungan terpencil di Korea. Fazura amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan jejaka korea idamannya itu buat kali kedua namun Sazzy sebaliknya, dia bersaa sungguh meluat dengan layanan luar biasa Fazura terhadap Kim Jiwon apatah lagi Sazzy berasa sangat ganjil berjumpa seorang lelaki korea secara tiba-tiba di dalam hutan dan beramah kesra dengan lelaki yang baru dikenali.
Selepas tiba di Korea, Sazzy dan Fazura sering dikejar oleh sekumpulan samseng yang menuduh mereka mengambil barang kepunyaan ketua samseng mereka. Sepatutnya kisah perlarian itu hanya diikuti oleh Sazzy dan Fazura namun selepas bertemu Kim Jiwon tidak semena-mena jejaka korea itu juga telah terheret sama dalam kisah pelarian itu. Berbagai perkara pelik berlaku dlm kisah pelarian mereka bertiga, ada yang lucu, sedih, gembira dan pelbagai lagi dengan ragam Fazura yang sudah lupa perangai divanya dan Kim Jiwon yang cuba berbahasa melayu namun sering tersalah sebut, semuanya jadi haru biru. Pengakhiran cerita ini telah ditamatkan dengan penuh bergaya oleh penulis. Saya tak mahu ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan pengakhirannya kerana kepada yang belum membaca novel ini jika mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut mereka mesti membacanya sendiri.
Jika dibandingkan dengan novel 'thiller' yang pernah saya baca sebelum ini, saya lebih suka buku ini kerana semua watak yang wujud di dalam novel ini dikembangkan dengan baik oleh penulis. Malah setiap plot digarapkan dengan cemerlang. Babak cemas sentiasa membuatkan saya berasa berdebar-debar dan tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.
Aku Mahu Jadi Seoulvivor ini juga pada pendapat saya ia agak unik kerana meskipun ia sebuah novel thriller namun, babak lucu yang diselitkan di dalam naskhah ini kelihata sangat sesuai dan padu digandingkan bersama. Plot twist yang disediakan sangat mengejutkan saya sebagai pembaca dan membuatkan sayasemakin tidak sabar untuk menghabiskan naskhah itu. Saya sukakan kelainan yang dibawa oleh penulis ini kerana sebelum ini penulis Rashiela Nurain hanya menulis novel-novel bercirikan 'chic lit' sahaja tetapi keberanian penulis dalam menulis novel 'thriller' dan 'chic lit' sememangnya patut dipuji. Tema sebegini sesuai untuk semua peringkat pelajar sekolah mahupun universiti. Walaupun saya sudah berumur 15 tahun novel sebegini langsung tidak terasa agak berat walaupun sebenarnya genre 'thriller' pada pendapat saya ialah suatu genre yang agak berat namun penulis telah membuktikan tidak semua genre 'thriller' ialah genre yang berat. Semua pembaca yang meminati genre 'thriller' pasti akan menyukainya. Saya berikan lima bintang per lima bintang untuk novel ini. Saya berharap saya dapat jumpa lagi novel 'thriller' yang agak lucu, gedik, pelik dan pening ini.
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!