Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Buku yang saya akan reviu ialah Aku Mahu Jadi Seoulvivor atau nama singkatannya(AMJS).Buku ini ditulis oleh Kak Ain Maisarah bersama Kak Rashiela Nurain.Ya itu,penulis bestseller dikalangan kanak-kanak mahupun remaja!

   Buku ini menceritakan tentang dua ahli The Wannababes.Mereka ialah Sazzy dan Fazura.Hajat Sazzy untuk menyambut birthday nya di Korea telah ditunaikan oleh  kedua orang tuanya.Sazzy juga boleh memilih rakan untuk dibawa melancong ke Korea tanpa ditemani orang tuanya.Bahaya..jangan ikut!

   Sazzy telah memilih Fazura kerana Fazura sering kali ke Korea.Sazzy juga berharap yang dia dan Fazura akan mendapat kenangan manis di Korea!Namun harapan Sazzy hancur berkecai apabila mereka dikejar dan diburu oleh sekumpulan gangster!Disebabkan Sazzy meninggalkan batu kecil,nyawa mereka hampir melayang.

  Mujur ada oppa korea yang amat berani menolong mereka.Ya itu Kim Jiwon walaupun dia takut Gumiho tetapi dia sanggup mengorbankan nyawa untuk dua puteri Sri Bangsar.

  Jika awak masih belum mempunyainya,saya syorkan awak belinya.Buku ini ada pelbagai perasaan.Gembira,berdebar dan cemas.Buku ini juga ada unsur-unsur persahabatan.Buku ini juga awak boleh membuatnya panduan untuk ke Korea dan ada sedikit bahasa Korea!

 Itu sahaja reviu saya untuk buku Aku Mahu Jadi Seoulvivor(AMJS).


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!