Novel Aku Mahu Bergaya merupakan hasil gandingan penulis yang cukup dikenali ramai iaitu Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan.Jujur saya katakan,sebelum membeli buku ini,saya tertanya-tanya apabila membaca sinopsisnya.Apakah yang terjadi kepada Linda? Bagaimana pula dengan The Wannababes? Adakah mereka akan berpecah? Akhirnya,setelah membaca buku ini,saya berasa sangat lega dan gembira. Pengakhirannya sungguh seronok.Novel ini telah memberi pengajaran yang amat besar bagi saya supaya tidak mencuri dan menipu.Ia memang berssesuaian dengan jiwa pembaca remaja. Diselitkan dengan unsur suspen, sedih dan dengki.Saya berikan lima bintang untuk novel ini kerana saya benar-benar terharu dengan persahabatan The Wannababes.Kepada pembaca di luar yang ingin tahu apakah yang terjadi,bolehlah membeli buku ini di kedai buku berdekatan. Memang amat menyeronokkan!.
Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!