Adib Kamaruddin

Aku Mahu Bergaya

Ringkasan:                                    Buku ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis ayu dan stailista bernama Linda yang merupakan salah seorang ahli kumpulan 'The Wannababes' (sebuah kumpulan yang popular, cantik, gedik, bergaya dan kaya). Walaupun Linda memenuhi aspek dan ciri-ciri sebagai 'The Wannababes', tetapi Linda bukanlah seorang yang berharta dan hidupnya amat sederhana dan demi mengaburi mata 'The Wannababes' serta semua warga Sri Bangsar, Linda sanggup menyamar. Linda terpaksa meminjam duit, memeras ugut dan mencuri supaya kekal bergaya setaraf 'The Wannababes'. Malang tidak berbau apabila identitinya terbongkar dan persahabatan antara 'The Wannababes' menjadi renggang sehingga berpecah dua! Pada akhir cerita, Linda telah merisikokan nyawanya demi menyelamatkan rakan 'The Wannababes'nya daripada serangan gempa bumi dan akibat tindakannya, dia diterima masuk semula ke dalam 'The Wannababes'. : )

Buku ini merupakan salah sebuah buku yang saya nantikan daripada novelis Ain Maisarah di dalam siri 'Aku Mahu' yang saya ikuti. Buku yang dikarang oleh penulis remaja, Ain Maisarah bersama Haziq Ridzuan ini membawa kelainan daripada buku-buku yang terdahulu daripada siri 'Aku Mahu'. Jalan ceritanya sangat menarik dan penuh dengan putar belit dengan elemen persahabatan yang diketengahkan. Banyak pengajaran yang saya dapati dari kisah ini antaranya kita hendaklah sentiasa jujur dan terima seadanya apa yang kita ada dan kita mestilah sentiasa memaafi antara satu sama lain. 'A friend will forever be your friend'. Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Akhir kata dari saya, seburuk-buruk manapun kawan kita dia tetap kawan kita....; )

From: Adib Kamaruddin

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!