Nurhazimah Hanan

Aku Mahu Bergaya


     Novel “Aku Mahu Bergaya” mengisahkan tentang hidup salah seorang ahli  kumpulan terkenal di Sri Bangsar, The Wannababes iaitu Linda. Katanya, dia anak orang kaya dan tinggal di kondo mewah namun sebenarnya, segalanya hanyalah cerekarama yang dicipta.

    Novel ini sangat menarik dan penuh debaran. Contohnya ketika Linda didatangi pengawal keselamatan setelas mencuri alat solek di butik MAC. Apa yang akan dilakukannya? Pembaca mesti tidak sabar-sabar mahu tahu. Siap jantung berdebar-debar lagi.

     Selain itu, novel ini juga cukup ‘rencahnya’ bak ikan siakap tiga rasa. Namun ikan siakap hanya ada tiga rasa, novel ini pula bercampur aduk! Sememangnya pembaca dapat merasai pelbagai perasaan ketika membaca novel ini. Antaranya adalah perasaan sedih, gembira, geram, teruja, marah dan terharu!

      Seperti tajuknya, novel ini juga banyak memberikan info tentang fesyen kepada para pembaca. Mahu tahu cara menyesuaikan pakaian mengikut jenis atau cara memakai pakaian mengikut musim? Semuanya ada di dalam buku ini. Tidak mustahil, ada orang yang boleh menjadi lebih bergaya dengan membaca novel ini.

     Akhir sekali, novel ini juga mengajar erti persahabatan yang sebenar. Sesungguhnya, persahabatan yang ikhlas lebih bernilai daripada apa-apapun harta di dunia. Paling penting, persahabatan yang paling hebat adalah persahabatan yang mampu membawa kita ke syurga bersama-sama sahabat kita.

     Kesimpulannya, novel ini memang sangat berbaloi untuk dibeli! Dengan segala pakej yang lengkap, novel berharga RM15.00 memang berbaloi daripada harganya. Malah, novel ini juga boleh dihadiahkan kepada rakan-rakan. Biar semua tahu, nilai sebuah persahabatan lebih tinggi daripada beg LV mahupun GUCCI!

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!