
Nor Amelia
Siri Young Aisyah muncul kembali dengan tajuk Sayang Cikgu.Buku ini menceritakan pengorbanan guru-guru sekalian kepada kita semua.Dengan adanya guru-guru,lahirlah insan-insan yang berguna terhadap negara seperti doktor,jurutera,peguam dan lain-lain.Jikalau tanpa guru pasti kita tidak akan mengenali nombor dan abjad.Jadi,saya pasti yang Siri Young Aisyah yang berjudul Sayang Cikgu ini pasti diilhamkan dengan profesion seorang guru.Buku ini menceritakan bagaimana Aisyah Sofia bersama Geng Aa-Syik menyambut Hari Guru dengan penuh meriah dan gembira.Nilai-nilai murni yang terdapat di dalamnya ialah kita harus menghormati semua guru yang mengajar kita malahan seharus menghormati semua guru di sekolah kita.Tanpa insan bergelar pendidik pastinya hidup ini seakan tidak diwarnai dengan warna-warna kehidupan.Kita tidak perlu untuk memberikan hadiah-hadiah yang mahal untuk guru-guru,cukup dengan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat kelak.Secara kontasnya,buku ini memang menambat hati saya supaya lebih bersikap sopan dengan guru dan sentiasa mentaati guru supaya ilmu yang dipelajari itu berkat.Buku ini memang mampu menawan hati pembaca-pembaca sekalian yang mahu menjadi muslimah sejati seperti Aisyah Sofia.Ia memang menyeronokkan.