Novel yang ditulis oleh Nur Atiqah ini amat menarik dan tiada kesalahan tanda baca juga tatabahasa.
Cerita ini mengisahkan bahawa Naura Aqilah yang bekerjaya sebagai Personal Assistant (PA) di syarikat Naim Holdings. Naura Aqilah dengan panggilan Naura merupakan seorang anak yatim yang kehilangan ibubapanya akibat kemalangan jalanraya. Naura mempunyai seorang nenek yang dipanggil nenda yang sudah lama Naura tidak ketemu dengan nendanya kerana terdapat perselisihan faham antara mereka sekeluarga. Naura mempunyai seorang kawan bernama Syaima yang cemburu, iri hati dengan Naura. Syaima dianggap sebagai kawan baik oleh Naura tidak mengetahui rancangan Syaima ingin membalas dendam dan dia tidak mahu Naura mendapat mana-mana kerja.Apabila Naura menyatakan bahawa dia mendapat kerja sebagai PA kepada Syaima, Syaima seperti tidak suka Naura mendapat kerja. Ini jelas terbuktipada muka surat 15 - "Syaima hanya menggangguk.Hatinya dibuai rasa sesuatu. Tangan digenggam,dan sedaya upaya dia cuba menahan perasaan". Syaima merancang dendam dengan membuat pelbagai aktiviti untuk memalukan Naura di depan kawan-kawan lama sekolahnya tetapi tidak menjadi kerana pada hari kejadian kebetulan Naura ada mesyuarat dengan ketuanya Naim. Nazim berjumpa dengan Naura untuk menjemput Naura ke majlis perjumpaan sekolah lama tetapi Naura menolak kerana ada urusan kerja.
Naim merupakan ketua Naura yang sebelum ini mereka berdua bertengkar kerana mengalami kemalangan kecil yang mengakibatkan kereta Naura perlu dibaiki. Pada hari pertama Naura melaporkan diri sebagai PA Naim, Naura telah pengsan kerana tidak menyangka Naim adalah ketuanya. Naim dan Naura sangat serasi di pejabat. Selepas Naim termakan hasutan dan fitnah dari Syaima, Naura telah dibehentikan kerja oleh Naim. Naim dan Naura tidak sedar bahawa mereka adalah sepupu yang sudah lama tidak berjumpa kerana pertengkaran keluarga yang berkaitan dengan kemalangan abang Naim.
Farhan kekasih Naura telah bertunang dengan Syaima. Syaima tidak suka akan Naura berkasih dengan Farhan lalu Syaima mendesak Farhan supaya bertunang dengannya. Farhan telah berusaha menyatukan keluarga Naura dengan memberitahu Nenda mengenai Syaima yang berhati busuk terhadap Nauran Nenda telah memperingatkan Naura dengan membuat pangilan telefon supaya Naura menjauhi dari berkawan dengan Syaima. Naura tidak mengerti akan maksud Nenda yang sekian lama Nenda tidak pernah menelefon Naura.Syaima telah menipu Naura menyatakan ibubapanya telah meninggal dunia. Naura termakan tipu helah Syaima sehingga sanggup memberi RM20,000 kepada Syaima. Syaima berkomplot dengan Julia sepupu Naim untuk mengenakan Naura tetapi Julia turut ditipu oleh Syaima.Syaima telah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Farhan kerana dendam Syaima terhadap Naura telah berjaya.
Akhirnya, balasan tuhan terhadap Syaima kerana khainat kepada Naura, Syaima telah kehilangan ibubapanya kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Syaima tidak dapat menerima hakikat bahawa ibubapanya telah meninggal dunia. Selepas itu Syaima didapati sakit kemurungan lalu menjadi gila. Naura telah berbaik-baik semula dengan Nenda dan Naim.Naura telah menerima semula tawaran menjadi PA kepada Naim kerana atas desakan Naim sepupunya.Naim berpuashati kerana Naura menerimanya semula sebagai ketua dan menyatakan bahawa Naura adalah PA Eksklusif jika dibandingkan dengan PAnya yang lain sebelum ini.
Pada pendapat saya,cerita inilah yang terbaik dan mendapat tauladan yang baik untuk pembaca.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!