Saya, Sherlock & Lupin (wanita berkelubung hitam) merupakan diantara karya seorang penulis yang menggunakan nama pena, Irene Adler. Buku ini mengenai Sherlock Holmes (detektif persendirian terkenal dunia), Arsène Lupin (pencuri terhebat serta pakar penyamaran), dan Irene Adler ( wanita yang licik dan licah dalam dunia Holmes) yang pernah berkongsi zaman kanak-kanak yang sama.

Mereka bertiga telah bertemu buat pertama kali di Saint-Malo pada musim panas tahun 1870. Pada mulanya, Irene pergi bercuti bersama ibu dan pembantu mereka, Tuan Nelson di Saint-Malo untuk menikmati percutian musim panas yang indah. Irene telah bertemu Sherlock secara tidak sengaja semasa bersiar-siar di pantai dan itu merupakan titik permulaan kisah mereka. Manakla Lupin merupakan rakan kepada Sherlock semasa berada di Saint-Malo.

Secara tidak sengaja mereka telah terbabit dalam kegiatan jenayah, mayat lelaki dijumpai di tepi pantai, kehilangan kalung berlian, dan bayangan hitam muncul dan lenyap di antara atap-atap rumah di kota. Pihak polis menemui jalan buntu, justeru bantuan pihak lain diperlukan untuk menyelesaikan kes ini.

Irene, Sherlock dan Lupin telah membentuk sebuah kumpulan penyiasatan untuk menyiasat kes-kes yang terjadi.Akhirnya, segala persoalan yang merungkai minda dapat diselesaikan dengan gabungan mereka bertiga.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!