Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis tingkatan 3 yang baru berpindah ke sekolah baru, Amira. Amira sering dibuli oleh ketua penjahat di sekolah barunya, Rohana. Lebih teruk lagi, dia juga dipulaukan oleh murid-murid yang lain, menyebabkan dia tiada kawan.
Suatu hari, nak dijadikan cerita, Amira telah bertemu dengan suatu makhluk yang bernama Amelia. Amira menyangka Amelia adalah manusia biasa sepertinya, lalu berkawan rapat dengan Amelia. Hanya Amelialah satu-satunya makhluk yang sudi berkawan dengannya.
Amelia pula telah menawarkan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh Amira, iaitu dengan menceritakan mengenai tandas puaka yang boleh menunaikan hajat. Amira yang sememangnya memerlukan sesuatu seperti itu telah melakukan upacara meminta hajat di hadapan tandas tersebut.
Upacara itu telah menjadi kunci yang membuka pintu kepada kejadian 30 tahun yang lepas. Setelah kejadian menjadi tidak terkawal, akhirnya perbuatan Amira itu berjaya dibongkar. Segala usaha untuk mengembalikan kepada sedia kala telah dibuat, namun gagal belaka. Hanya Amira sahaja yang masih mempunyai peluang untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimanakah nasib Amira dan pelajar-pelajar yang lain? Dapatkan buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!