Buku Misi X MAP ini sememangnya patut kita dimiliki dan juga bagi semua pelajar! Buku ini menceritakan punca-punca kegagalan, cara untuk mengatasi rasa malas belajar dan 8 matlamat untuk berjaya. Buku ini mengajar saya agar membuat nota secara berulang-ulangan untuk mengigati.
Yang paling menarik perhatian saya adalah pada ,setiap daripada diri kita ada yang mempunyai perbezaan cara-cara pembelajaran tersendiri. Maksudnya,setiap orang mahir sesuatu subjek mengikut kelebihan masing-masing. Oleh sebab itu,buku ini telah menceritakan bahawa kita tidak boleh membezakan kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam pelbagai subjek.
Selain itu,yang mengejutkan saya adalah sekiranya kita tidak memberikan sepenuh tumpuan di dalam kelas. Itulah sebab punca mengapa ada pelajar yang gagal di dalam kehidupannya.
Kesimpulannya,buku ini telah menceritakan hampir kesemua motivasi yang diperlukan oleh pelajar-pelajar khususnya pelajar yang masih bersekolah dan masih belajar.
Pengajaran yang saya dapat perolehi didalam buku ini ialah kita haruslah berusaha dalam apa pembelajaran dan harus ada matlamat tersendiri. Jangan mudah putus asa. Buku ini memang wajar untuk dibaca bagi semua orang tidak kira pelajar atau remaja dan kanak-kanak. Buku ini banyak manfaat semasa membaca. Motivasi juga dapat kita perolehi.
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!