Apa FIZIK!! Sebut sahaja perkataan ini pasti terbayang-bayangkan formula yang pasti memeningkan kepala. Ternyata tanggapan saya silap, sebenarnya itu seperti yang abang Fizi katakan, kita tidak boleh membenci pada sesuatu subjek. Hal ini akan menyebabkan berlaku halangan pada minda, lalu kita tidak akan dapat menghadam sesuatu subjek tersebut.
Abang Fizi telah berkata kepada Nuke, watak utama yang berada di dalam cerita ini dan telah menerangan kepadanya bahawa fizik ialah hukum alam. Maka sesungguhnya, kita tidak dapat menolak peraturan yang Tuhan beri di atas muka bumi ini. Sememangnya buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan umur.
Buku ini telah menerangkan tentang 3 asas hukum fizik Newton yang patut diketahui umum. Iaitu Yang paling mengujakan saya, ialah objek yang pegun mempunyai daya. Tetapi yang membuatkan kita terpegun ialah terdapat daya di Bumi ini iaitu graviti yang menentang daya objek tersebut. Oleh sebab itu, ia sangat statik.
Memandangkan sesiapa yang ingin sangat memasuki aliran sains tulen, buku ini sangat memberikan semangat pada sesiapa untuk berjuang di masa hadapan. Kata-kata hebat daripada abang Fizi seperti 'Anda lebih hebat daripada apa yang anda fikirkan' benar-benar memotivasikan kita untuk terus berjuang dalam medan pendidikan.
Pengajaran yang boleh diperolehi di dalam buku ini ialah kita haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk menceburi dalam apa bidang. Seperti menguasai bidang sains tulen.. ia amat penting sekali. Buku ini memang wajar untuk sesiapa yang ingin belajar dalam bidang sains.. ingat berusaha dahulu..
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!