Irfan Syahmi

Misi 4 Flat

Saya tertarik untuk menulis reviu buku yang bertajuk "misi 4 flat"yang dihasilkan oleh Team Feeqry khusunya kepada pasangan adik beradik iaitu Afiq dan Nazry Salam. Ini kerana komik tersebut sejujurnya memberi pendedahan awal tentang realiti, cara belajar, sistem baharu dan tanggungjawab yang perlu dihadapi oleh mahasiswa. Sehubungan dengan itu, ia juga membuka mata kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di alam universiti khususnya untuk diri saya sendiri. Ilustrasi dan jalan cerita yang dihasilkan sedikit sebanyak telah memberi gambaran bagaimana "sistem pelajaran" yang diterapkan di universiti.

Watak utama yang menghiasi komik ini ialah Fizi dan Mat. selain watak sampingan seperti Zahid dan Kimi. Kisah ini bermula dengan Fizi dan Mat yang berhasrat untuk mencapai pointer 4.0 pada semester kali ini.

Fizi yang melanjutkan pengajian di INTEC, bercita-cita untuk menyertai program angkasawan kedua negara yang di anjurkan di tempat pengajian nya. Namun, dia perlu menempuhi liku-liku cabaran bagi mencapai sasaran untuk mendapatkan 4 flat dan seterusnya bagi melayakkan dirinya disenaraikan dalam program angkasawan kedua negara. Rakan sebiliknya, Wahyudi banyak mengajar dirinya tentang realiti kehiupan di alam universiti, dia diajar tentang sistem pelajaran yang ketara berlainannya dengan sekolah. Di sekolah, apabila kita mengulang kaji di saat akhir kita berpeluang untuk lulus. Namun, tidak di universiti kerana kesleuruhan markah nya dikira dengan (Test, Quiz, Assignment, Exam and Attandance). Seterusnya, dia berjumpa dengan seorang prof yang dianggap orang ramai sebagai gila yang mengajar matematik secara terbuka di hadapan awam. Tidak bagi dia, apabila kekagumannya melihat prof yang berilmu tinggi dan mengajar secara bersistematik. Bahkan, ia juga memberi kesedaran kepada Fizi sebagai pelajar harus bersedia lebih awal dan tidak perlu mengharapkan tarikh yang dihebahkan barulah hendak bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. 

Watak seterusnya yang dipaparkan ialah Mat, seorang pelajar MIT yang menuntut ilmu di Cambridge, Massachusetts. Dia digelar "budak sejuta ringgit" oleh Depp sahabat sepengajian kerana nilai nya menyamai sejuta ringgit Malaysia dengan anggaran keseluruhan kos pengajiannya. Dia terpaksa menghadapi cabaran dengan golongan "islamofobik" terutama pensayarah nya sendiri, prof David yang mana skeptik terhadap orang islam kerana kejadian 9/11 yang menimpa anak isteri nya. Pada mula nya, Depp memujuk dirinya agar membatalkan pendaftaran subjek kalkulus Matematik kerana risau akan nasib nya di kelas nanti. Walau bagaimanpun, itu semua tidak menghalang Mat untuk hadir ke kuliah tanpa ragu-ragu dan dia rasa bertanggungjawab untuk membantu prof David menghilangkan kebencian yang berputik dalam hati nya. Kehilangan depp akibat kemalangan kerana ditolak oleh anak prof David sendiri di tepi jalan iaitu Moses sedikit sebanyak telah memberikan satu luka yang mendalam di hati Mat serta memberikan kesedaran yang amat besar kepada prof David. 

 Perjuangan Mat dan Fizi membuahkan hasil apabila kedua-dua nya berjaya mencapai sasaran yang di impikan. Ini kerana mereka memahami konsep ilmu yang sebenarnya dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, Fizi berjaya memperolehi CGPA 4.00 dan melayakkan dirinya menyertai "Program Agkasawan Kedua Negara. Manakala, Mat mendapat kejayaan yang lebih manis apabila telah membantu prof David menghilangkam sifat prejudis terhadap orang islam. Dengan keazaman Mat mengubah sikap prof David, dia berjaya memeperolehi 4 flat dan Adil berjaya menghabiskan pengajiannya dengan mendapat segulung ijazah.Pada pandangan saya, komik ini sangat sesuai dibaca oleh setiap golongan khususnya kepada anak muda kerana banyak memberikan nilai persahabatan dan sikap berjuang hingga ke titisan akhir. Natijahnya, komik misi 4 flat banyak memberikan input yang berkualiti dalam menambahkan rencah agak menarik minat para pembaca membaca komik yang memberikan bahan bacaan yang sihat. Tahniah komik M ! 

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!