Buku ini dihasilkan Nukilan dari Kak Ain Maisarah dan Abang Tembam Kita Aman Wan. Buku ini bertajuk Korban Kerusi Biru. Hari ini saya mahu reviu buku ini. Bertemakan keeratan sebuah persahabatan.

 Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Janna. Dia memiliki satu anugerah kurnia dari Allah untuk melihat makhluk halus dengan hijabnya terbuka. Satu hari kelas Janna ada seorang gadis bernama Nani. Dia selalu dibuli dengan sekumpulan gengster Edora. Dia di paksa membuat kerja sekolahnya dan dipaksa memberi pinjam buku latihannya. Nani angkuh dengan arahan Edora. Segala arahan di suruh Nani terpaksa mematuhinya. Tanpa belas kasihan. Semua kawan-kawan sekelasnya hanya melihat dan membisukan diri mereka tanpa menolong Nani.

Di rumah pulak Nani dihukum dengan bapa tirinya Tuan Anaz iaitu seorang terhormat VVIP. Nani sebagai anak tiri terhormat terpaksa belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang. Tapi Nani selalu di pukul, ditendang dan diterajang oleh bapa tirinya Tuan Anaz yang kejam durjana itu. Habis satu badannya memiliki bekas lebam. Nani menanggis menahan kesakitan yang dialaminya itu seorang diri. Ibunya hanya mendiamkan diri dan melihat apa yang suaminya melakukan kejahatan pada Nani.

Janna dan Nani terpaksa dipilih oleh cikgu Suzana untuk menghadiri kelas tuisyen matematik. Setiap hari habis sahaja kelas mereka akan belajar bersama. Sehinggakan satu kejadian berlaku. Dimana Janna melihat satu lembaga selalu mengekori Nani. Dan suatu hari kejadian ngeri telah berlaku. Dimana Nani menunggu untuk berjumpa dengan Janna tetapi Nani terlihat Janna tidak muncul-muncul, Edora pun tidak Muncul-muncul. Perasaannya tidak sedap mesti sesuatu berlaku kepada Janna. Akhirnya Nani bertemu dengan Edora dan Janna dikawasan belakang bagunan sekolah. Disitu satu kejadian berlaku Edora memaksa Janna menggunting patung Arnab Nani. Janna terpaksa mematuhi arahan Edora kerana tidak mahu dibuli dan berlaku kejadian yang dulu. 

Janna ada mengatakan bahawa dia tidak pernah menggangap Nani sebagai kawan. Janna menggunting patung Arnab yang Janna berikan Pada Nani semasa di Mini Funfair. Apabila Janna memotong lalu berlari meninggalkan Nani. Sewaktu di dalam kelas Janna melihat Nani sedang terbaring di atas mejanya.

Sewaku kelas bermula tiba-tiba satu kelas terbau bau yng hanyir. Ingatkan kentut rupa-rupanya hanyir bau darah. Janna terkejut melihat ke arah meja Nani. Rupa-rupanya bau itu ialah bau hanyir darah Nani. Semua pelajar dan cikgu Suzana terkejut dan berlari kearah depan kelas. Nani memotong pipinya dengan menggunakan gunting. Habis mulut dan pipinya hancur. Janna meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Nani pun meminta maaf pada Janna akhirnya Nani merobek mukanya dan menarik kebelakang. Akhirnya Nani tidak bernyawa lagi. Mayatnya terbaring terkaku di sana. Seluruh kelas membasahi dengan darah Nani. Termasuk kerusi dan meja berwarna biru itu bertukar warna. Ibu Nani kecewa dan bersedih atas kematian Nani.

Bab yang paling saya duka dalam buku ini ialah dimana Janna dan Nani berlari meninggalkan lembaga yang durjana itu lalu berlari menunju ke Mini FunFair. Mereka berdua berserono sehingga waktu senja. Gelak tawa mereka bergemar di Mini FunFair itu. Janna mengajak Nani untuk menjerit melepaskan apa masalah yang dipendam dihatinya itu dan mengeluaran segalanya. Dan sebelum Nani pulang Janna membelikan cenderhatu untuk Nani sebagai hadiah gantian patungnya yang telah di robek oleh Edora si samseng itu.

Pengajaran dalam buku ini yang saya dapati ialah dimana kita haruslah menjaga hati dan persabahatan kita sehingga berkekalan. Jangan jadi seperti Janna dan Nani yang Janna tidak mengaku dan memutuskan bahawa dia dan Nani tidak pernah sesekali menjadi kawan baik. Dengan Kata-kata Janna itu telah menyebabkan hati Nani terluka. Kerana Nani tidak pernah gembira dan bahagian semasa dia hidup. Janna lah seorang kawan baik yang Nani pernah ada. Ingat jangan sesekali memutuskan persahabatan kita dengan kawan baik kita. Ia akan membawa malapetaka pada diri sendiri. Ingat!! Ingat!! 

Buku ini memang wajar untuk dibaca bagi sesiapa yang suka dengan cerita seram. Dan ia juga amat penting pada sesiapa yang ada kawan baik. Hargailah kawan baik anda semua sebelum hilang selamanya. Anugerah melihat makhluk halus adalah kurnia terindah dari Allah yang harus kita bersyukur dan menghadapi dengan baik-baik.. terbaik buku Ini.. terbaik Abang Aman Wan yang tembam ala-ala kuih pAu..

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!