
Nor Amelia
Hantu mahu saiz S?Bukan manusia sahaja ya yang mahu saiz S.Hantu pun mahu juga!Novel kesinambungan daripada Hantu Mahu Bergaya ini kembali muncul dengan tajuk yang sama seperti Aku Mahu Saiz S.Ianya tetap tampil dengan lawak lucu dan jenaka-jenaka di dalamnya.Kisahnya bermula apabila semua hantu dilanda masalah kegemukan tetapi tidak mahu mengakui mereka gemuk.Lalu,sang pengetua Sekolah Seram Bangsar terus melancarkan kempen yang bernama Hantu Mahu Saiz S kerana tidak mahu anak-anak muridnya itu diselubungi dengan masalah kegemukan.Jurulatih bagi program ini ialah Tengkurock.Hantu-hantu yang lain pula terpaksa menerima dengan rela dan seringkali protes dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan sewaktu program Hantu Mahu Saiz S.Tengkurock pula diam kelu tidak terkata dan akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih tetapi dihalang oleh Cikgu Ogy iatu pengetua Sekolah Seram Bangsar.Pada akhir cerita,hantu-hantu yang gemuk kini berubah dan mahu mengembalikan berat badan mereka yang normal.Akhirnya kesemua hantu kembali mencapai berat badan yang normal.Novel ini sesuai dibaca oleh para remaja dan kanak-kanak yang turut mengalami masalah kegemukan.Anda boleh mengikuti transformasi hantu-hantu ini tetapi ikut yang betul sahaja,yang buruk jangan dituruti.Novel ini menampilkan informasi yang berguna iatu tidak perlu kurus sehingga saiz S,cukup dengan mempunyai berat badan yang seimbang pun sudah bagus.Marilah baca karya penulis Ain Maisarah bersama Azanil Fitri ini bersama rakan-rakan yang lain.Kita perlulah menjaga kesihatan agar penyakit tidak datang!