Nor Amelia

CUN #1

Dalam Komik CUN #1 ini mengandungi pelbagai komik-komik pendek dan senang untuk dibaca dan fahami. Komik ini sangat menarik dan bukan sahaja mempunyai unsur-unsur cinta malah ada banyak tip-tip keselamatan untuk wanita dan tip-tip untuk membuat komik.

Sebuah komik antologi terbitan Komik-M yang dihasilkan oleh 8 pelukis cun! Komik yang disampaikan oleh gadis-gadis cun Malaysia. Pelukis perempuan yang terlibat ialah Ain Lavendra, Wan Norazura, Jon Suraya, Syewe Yoss, Nurel Yana, Fatin Andy, Hanza dan Mar. Mereka berlapan menjadi tunjang penghasilan komik 'CUN #1'. Pelukis yang begitu berbakat. Setiap lukisan dilukis dengan penuh dedikasi dan cantik.

8 cerita dari 8 orang penulis perempuan yang cukup menarik. Ada cerita mengenai pelukis perempuan yang akhirnya menemui kebahagian dan keyakinan dalam berkarya. Ada juga cerita mengenai kepentingan ilmu dan belas kasihan dalam diri seorang perempuan. Malahan turut disertakan juga cerita bagaimana seorang perempuan itu berhadapan dengan kehilangan orang tersayang. Sungguh hebat setiap cerita yang dilukis di dalam komik ini.

Komik ini juga dapat memberi banyak manfaat dan sedikit ilmu kepada pembaca dan sangat digalakkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah atau menengah. Tidak kira muda atau tua.

Komik ini bagus untuk dipelajari setiap tip-tip yang diberi. Jangan ambil mudah sahaja.. Harap buku ini maju di dalam bidang hiburan..

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!