Siti NurLinda Binti Ratfar,ahli The Wannababes juga ketua gosip The Wannababes.Semua ahli-ahlinya merupakan anak-anak orang kaya.Profil Linda sendiri tidak kurang hebatnya .Tinggal di kondo mewah,ibu bapa pula menetap di luar negara kerana menguruskan perniagaan di sana.Namun itu hanya penipuan semata-mata segalanya hanyalah cerekarama yang dicipta.Hakikatnya,Linda hidup amat sederhana.Menetap di kawasan setinggan,ayahnya bekerja sebagai kerani kerajaan.Demi mengaburi mata The Wannababes,Linda sanggup menyamar.Namun bukan mudah mahu kekal bergaya seiring dengan anak-anak orang kaya.Pada kala poket berhabuk,Linda perlu tampil dengan pemakaian elok-elok.Pada ketika duit tidak cukup,sahabat baik pula menyambut hari jadi dan mesti dibelikan hadiah yang meletup.Namun tiba-tiba identiti Linda terbongkar.Bagaimanakah penerimaan The Wannababes terhadapnya?Adakah masih kekal bersahabat walaupun berlainan darjat?Bagi saya cerita ini ada moral tersendiri seperti jangan menilai orang walaupun berlainan darjat dan cerita ini sangat menyentuh jiwa saya Linda sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Sazzy
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!