Buku ini mengisahkan tentang keseraman dan benda-benda pelik berlaku. Di dalam buku ini terdapat 5 kisah seram iaitu Dorm aku berhantu, temankan kawan ke tandas, sria tidak takut hantu, jangan tidur lewat dan saya datang.
Kalau Asrama tak ada cerita hantu, memang bukan asramalah namanya. Sedangkan asrama tahfiz pun ada kisah seramnya yang tersendiri. Ini kerana asrama adalah antara 10 tempat yang paling popular dengan cerita hantu dan seram. Yang ada mohon jangan tersilap di situ.
Di dalam buku ini kita akan melihat dengan jelas, bagaimana hantu zaman swkarang sudah semakin kreatif nak menyakat manusia sampai pengsan atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu di dalam buku ini mahir dalam menggunakan barang-barang popular di kalangan pelajar asrama.
Bab yang saya suka dalam buku ini ialah tajuk saya datang. Di mana Kudon mendapat stau mesej panjang dari Luna tanpa membalas satu mesej pun. Kudin tergamam membaca mesej Luna. Ternyata ia lebih teruk dari yang disangkakannya. Berkerut dahi Kudin membaca mesej Luna. Dia ingat Luna ingin menakut-nakutkan malam-malam. Dia takut terys terlompat atas katil. Keadaan menjadi sunyi sepi. Kudin terdengar suara seorang gadis di dalam biliknya dia ketakutan. Selimutnya di tarik, rupa-rupanya kawannya Ramat.
Dia menceritakan kepada Ramat, tetapi dia pengsan apabila melihat lembaga gadis itu di hujung kakinya. Mata gadis itu merah dan mengalir darah. Selepas kudin pengsan lembaga itu terus terbang menebusi pintu bilik asrama.
Pengajaran dalam buku ini kita dapat mengerti erti kehidupan di asrama. Dengan akibat bercakap besar mereka terpaksa tahan kencing kerana takut ingin ke tandas. Dimana sekarang hantu sekarang suka menyakat dan menakutkan mereka..
Semua Orang Adalah Pemenang!
Sertai Peraduan IniBaca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi
Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!