Certot

YOU CAN DO IT !

Hasil nukilan Aisyah Nabila about 4 years agoSukan 28

             

Namaku Ilyana Delaila. Aku menuntut di Sekolah Kebangsaan Sri Permata sebagai seorang pelajar tahun enam. Aku mempunyai badan yang gemuk. Jadi, tiada sesiapa yang ingin berkawan denganku. Sungguh kejam persepsi manusia.

Aku sering dipinggirkan. Oleh itu, ketika tertekan aku akan makan, makan, dan makan. Aku tahu makan dengan banyak akan menjadikan keadaan lebih buruk, namun apakan daya. Aku tiada teman untuk meluah rasa. Aku juga sering dibuli oleh budak-budak nakal. Setiap hari, pasti mereka akan mengejek tubuh badanku.

“Ilyana gemuk! Ilyana debab! Ilyana badak air!” Itulah antara ejekan sinis mereka. Lebih parah, ada yang sangat jahat sehinggakan menulis ‘Ilyana Gajah’ dengan besar di papan putih. Aku sungguh tidak sangka yang mereka sejahat itu.

Bam! 

Lamunan aku terhenti apabila aku terlanggar satu susuk tubuh seseorang. Pelajar itu terjatuh ke koridor. Aku sudah bersedia menerima hinaan daripada si mangsa. Namun, yang sebaliknya berlaku.

“Saya minta maaf,” ucap gadis itu. 

Aku amati wajahnya. Eh, itu pelajar baru! Baru-baru ini, seorang perempuan telah berpindah ke sekolahku. Namanya Syazreen Rania. Orangnya sangat cantik. Wajahnya licin berseri. Tubuhnya lansing seperti model. Sungguh berbeza dengan diriku.

“Saya yang sepatutnya minta maaf, bukan awak,” ujarku kepadanya. Kami tersenyum. 

“Saya Ilyana,” aku perkenalkan diriku. 

“Saya Syazreen.” Dia menghulurkan tangan untuk berjabat. 

Nyata aku terkejut dan terharu. Selama ini, semua pelajar jijik denganku. Tetapi, Syazreen berlainan. Aku pun menyambutnya dengan besar hati.

Sejak perkenalan itu, aku dan Reen menjadi rapat. Kami sering rehat dan mengulang kaji bersama. Dalam diam, aku sebenarnya malu untuk beriringan dengan Reen. Dia cantik dan langsing sedangkan aku gemuk. Dan suatu hari, Reen menyuarakan sesuatu.

“Ilya, jom kita jogging pagi esok.” 

Aku terkedu mendengar pelawaan Reen. Air liur diteguk. Pertama kali aku diajak bersukan. Aku berfikir-fikir seketika. Sampai bila aku mahu jadi gemuk? Sampai bila aku nak rendahkan taraf diri aku? Kini, aku tekad. Aku mahu turunkan berat badan. Aku mahu sihat!

“Setuju!” kataku dengan yakin. 

Reen tersenyum manis. “Baiklah, esok kita jumpa di taman permainan pada pukul 7.00 pagi.” Kami bertaut jari tanda mengikat janji. Aku sangat tidak sabar.

*****

Esoknya, aku dan Reen berjoging di taman itu sebanyak lima pusingan. Namun, di pusingan kedua, aku sudah kecundang. 

“Marilah pulang,” ajakku. 

Reen menggeleng laju. “Hei, bersemangatlah. You can do it! Awak mesti mahu turunkan berat badan juga.” 

Kata-kata Reen membakar, menggoreng, dan merebus semangatku. Aku segera bangkit dari kerusi yang disediakan.

“Selama ini, saya malas bersukan. Lihatlah semua lemak tepu yang terhasil akibat kemalasan saya. Saya nak berubah.” Kami pun berjoging serta berbasikal sehingga jam 9.00 pagi. Aku pun terus bersukan tiga kali setiap minggu. Aku juga mengamalkan gaya hidup sihat yang lain.

*****

Tujuh bulan berlalu, aku kini tersenyum puas. Penimbang ditenung puas. Aku segera menelefon Reen. 

“Assalamualaikum ,Reen. Berat saya 40 kilogram!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: