Namaku Puteri Arabella Natasha binti Raja Amir. Aku berumur 11 tahun. Aku lahir di Hospital Kuala Lumpur. Hobiku mencari sesuatu yang tidak pernah dicari rakan-rakanku yang lain. Marilah masuk ke duniaku yang tersimpan di dalam almari bilik kosong di tingkat 1.
“Bella, mahu ke mana?” Bondaku, Permaisuri Adellia menegurku.
“Bella hendak ke kamar lama di sana. Bonda mahu apa dari Bella?” Aku bertanya kepada bondaku. Wajah cantik bondaku berkerut.
“Buat apa Bella ke sana?” Bondaku bertanya lagi. Kali ini, bondaku memeluk tubuh pula gayanya.
“Top secret!” Aku menuruni tangga kaca itu secara berlari. Tidak mahu disoal siasat lagi.
*****
Aku masuk ke dalam almari itu. Aku terlihat lubang berwarna hijau turquoise. Aku terjatuh di atas daun gergasi berwarna merah jambu. “Aku di mana?” Aku menyoal sendiri.
“Adakah engkau Puteri Arabella Natasha dari negara Malaysia?” Seekor pari-pari kecil bertanya. Dengan tongkat ajaibnya, dia menyebut satu perkataan. “Peek-a-boo.” Lalu bajuku yang kotor dibersihkan. Hilang debu-debu yang ada.
“Ya, sayalah Puteri itu,” aku menjawab pertanyaan pari-pari itu.
Seekor lagi pari-pari datang dan berkata, “Welcome to Coraline.”
Aku teringatkan cerita misteri bertajuk Coraline di saluran Fox HD. Mungkin aku akan menjadi seperti Geronimo Stilton yang akan menulis kisah pengembaraannya dan akan menerbitkannya.
Geronimo Stilton tetap tidak akan membantu aku. Eh, apakah itu? “Apakah itu? Adakah ia seekor tikus?”
Pari-pari pertama menjawab, “Itu adalah Geronimo Stilton.”
“Apa?” Aku mendekati sesuatu yang bernama tikus itu.
“Oh my god! Who are you?” Tikus itu berkata.
Aku membalas, “My name is Princess Arabella. You?”
“Geronimo Stilton.”
“Oh my god! I really don’t know what I can say! I’m really want to you writing a new book, Stilton!”