Eryn mengelamun seketika. Secawan coklat panas yang baru sahaja diteguk beberapa kali telah diletakkan diatas meja. Sedang enak dibuai mimpi pada siang hari, tiba-tiba Eryn dikejutkan dengan teriakan yang halus dari Puan Reena, emak kepada Eryn Mysara yang berada di ruangan bilik kerja khas kepunyaan beliau.
Lantas Eryn menyarungkan sandal rumah miliknya dan bergegas menemui mamanya.
’‘Where are you, ma? Mama panggil Ryn ke?’’ sahutnya.
’‘Ye sayang mama. Sini kejap, i’ve something to tell you in my bedroom,’ jelas Puan Reena.
Lantai mozek yang agak mahal itu dipijaknya tanpa rasa bersalah demi menuruti kemahuan mamanya sambil memintal beberapa helaian rambut yang berwarna kehitam-hitaman itu menggunakan sebatang jari telunjuknya.
Setibanya Eryn berada jelas dihadapan muka pintu hadapan bilik khas mamanya, dia mengetuk pintu tersebut dengan perlahan-lahan lalu masuk dan menuju ke arah Puan Reena.
’‘Yes, ma? Now i’m here. Just tell me what do you want to say.’‘
Senyuman dibibirnya diukir manis mengalahkan air batu campur kayu manis yang pernah dihidang oleh pembantunya sebelum ini. Tanpa melengahkan masa terluang bersama anak gadisnya itu, Puan Reena mengeluarkan sejenis kertas berupa tiket penerbangan ke Paris untuk diberikan kepada anaknya.
’‘Take it sayang, itu untuk Ryn.’’ Sambil memegang tiket tersebut.
’‘Wait, Ryn tak faham sangat. Can you explain it to me, ma?” rayunya kebingungan.
’‘That’s for you, selama ni mama selalu kongkong kamu jika kamu nak ke mana-mana termasuklah spend time dengan kawan kamu. Now, its done. You can go wherever you want, sayang mama. ‘’
’‘Thank you, ma! I love you very much. Ryn tak ambil hati langsung jika mama tak benarkan Ryn spend time dengan sesiapa because, i can understand what do you feel in your heart.’’ Luahan ikhlas daripada hati anaknya itu.
’‘Love you more, sayang. Now, kamu kena rehat banyak sikit sebab trip kamu tu agak jauh, seperti yang kamu inginkan selama ni, right? Okey, sekarang pergi bilik kamu, kemas pakaian and everything.Then rehatkan minda dan badan kamu,’’ balas mamanya lagi.
’‘Yes. I will do what you say just know. Anyway thank you, ma!’‘
Eryn mencium kedua-dua belah pipi gebu mamanya lalu beredar pergi dengan perasaan yang teruja dan gembira kerana akan dapat menikmati keunikan dan kecantikan ketika berada di sana kelak.
*****
Menjelang beberapa hari setelah menanti hari yang terindah dalam hidup seorang remaja berumur 16 tahun itu, akhirnya penantian itu terjawab dengan pagi yang sibuk ingin menyiapkan diri kerana jadual penerbangannya adalah ditetapkan pada waktu tengah hari.
Walau bagaimanapun, Eryn tetap berjanji akan sesering mungkin menghubungi mamanya demi bertanya khabar dan memberitahu keadaannya ketika berada di sana.
’‘Wait for me, Eiffel Tower!’‘ soraknya kegirangan.