“Aishah, tunggulah saya!” jerit Husni dalam keadaaan termengah-mengah.
Aishah sudah semakin jauh di hadapan. Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi. Aishah sering menjauhkan dirinya daripada Husni. Sebenarnya, Husni menyedari bahawa sikap Aishah sudah berubah baru-baru ini.
Husni Adila atau nama manjanya Uni, seorang remaja perempuan yang riang dan baik hati. Dia memiliki seorang sahabat yang sangat prihatin, iaitu Aishah. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Mereka bagai dakwat dengan kertas dan isi dengan kuku. Namun, kebelakangan ini Aishah sudah tidak rapat lagi dengan Husni.
*****
Deraian ketawa Aishah dan rakan-rakan barunya didengari oleh Husni. Dari jauh Husni melihat Aishah sedang makan bersama-sama Syira dan Asya di pondok. Ketawa mereka membuatkan hati Husni semakin sakit. Kini dia sudah tahu sebab Aishah tidak lagi bersamanya. Ini semua gara-gara Syira dan Asya!
“Sanggup awak buat saya sebegini, Aishah. Saya langsung tidak menyangkanya,” bisik Husni sendirian. Air matanya berlinangan di pipinya yang mulus. Hatinya sangat sakit apabila melihat kemesraan antara Aishah dengan Syira dan Asya.
Perlahan-lahan Husni mendekati mereka. Mereka kelihatan tidak menghiraukan kehadirannya. Dilihat Aishah langsung tidak memandang, malah menegurnya. Di mana Aishah yang dahulu?
“Apa yang kau buat di sini? Ini tempat kami!” tengking Syira. Aishah dan Asya pula tersenyum sinis.
“Saya cuma nak ajak Aishah pergi ke perpustakaan,” kata Husni.
“Buat apa aku mahu ikut kau. Aku ada kawan baru yang lebih baik daripada kau. Aku rasa baik kau pergi!” marah Aishah.
Terkejut Husni apabila Aishah kata padanya sebegitu. Husni pun melangkah pergi dengan hati yang seperti dirobek-robek.
*****
Kelihatan dari jauh Aishah sedang melintas jalan. Husni ternampak sebuah kereta dengan menekan hon untuk menyedarkan Aishah. Husni terus berlari ke arah Aishah lalu menolaknya. Selepas itu, kedengaran bunyi kereta yang telah melanggar seseorang.
“Husni,” kata Aishah menahan sebak. Dia tidak menyangka sahabat yang sudah dia lupakan telah menyelamatkannya. Timbul rasa bersalah dalam hati Aishah. Dia tidak patut buat begitu pada Husni. Tetapi,nasi sudah pun menjadi bubur.
*****
“Husni, maafkan saya kerana telah mencoretkan kecurangan dalam persahabatan kita. Saya minta maaf!” Tangis Aishah sambil memegang tangan Husni yang sedang koma di hospital. Husni koma kerana dia! Dia takut kehilangan seorang sahabat yang sangat baik terharapnya.
“Aishah….”
‘Adakah itu suara Husni? Aku pasti itu suara Husni!’ bisik hati kecil Aishah. Ditolehnya ke arah Husni. Husni sudah sedar!
“Husni, saya mahu minta maaf atas segala kesalahan saya.”
“Saya sudah memaafkan awak,” kata Husni.
“Aishah, saya mahu bertanya sesuatu pada awak. Sudah lama saya simpan soalan ini. Sebenarnya, dirimu untuk siapa?”
Aishah hanya tersenyum sambil berkata, “Tentulah awak.”
Mereka pun berpelukan dengan erat. Sejak dari itu, mereka sering bersama dan mereka berjanji kejadian itu tidak akan berlaku lagi.