Tifanny, Misha, dan Eliza ialah pari-pari yang paling cantik di kampung mereka, iaitu Kampung Fairytale. Mereka bukan sahaja cantik, malah mempunyai kuasa magik yang luar biasa.
Tifanny si pari-pari berwarna ungu mempunyai kuasa magik yang dapat mengubah suara tidak merdu menjadi merdu. Bukan itu sahaja, Tifanny juga dapat mengubah wajah muka yang tidak jelita menjadi sungguh jelita.
Misha, si pari-pari berwarna merah jambu mempunyai kuasa magik yang pelik, tetapi berguna juga. Kuasanya ialah dapat mengubah seseorang yang pendek menjadi tinggi dan juga pendek menjadi tinggi.
Eliza, si pari-pari berwarna biru muda pula mempunyai kuasa magik yang lebih istimewa, iaitu dapat mengubah nasib seseorang.
Mereka bertiga ialah kawan sejati. Mereka ada menubuhkan satu kumpulan yang bernama Magical Girls. Mereka semua mempunyai perwatakan yang hampir sama. Mereka suka membantu sesama sendiri, juga penduduk kampung mereka. Oleh sebab itu, mereka disenangi oleh penduduk kampung Fairytale. Mereka tinggal di rumah yang sama iaitu di Jalan Fairy, Lot 12, Taman Magical.
“Selamat pagi, Misha. Awal kamu bangun hari ini? Ada sesuatu? Eh? Mana pula Eliza dan Tifanny?” sapa seorang pari-pari berwarna merah kampung Fairytale yang bernama Jenny.
“Selamat pagi juga, Jenny. Ya, saya bangun awal hari ini, sebab nak pergi beli barang di pekan sekejap. Eliza dan Tifanny masih tidur. Saya tak nak bangunkan sebab kesian tengok mereka. Macam letih sahaja setelah tolong saya kemas barang di rumah tadi. Haa, Jenny. Awak tahu tak? Hari ini siapa yang datang ” jawab Misha.
“Oh, begitu rupa-rupanya. Hm… saya pun tidak tahu siapa yang datang hari ini. Siapa, ya. Bagitahulah Misha, jangan berahsia.”
“Hmm… saya juga tidak tahu,” jawab Misha. Lantas dia segera mengibaskan sayapnya untuk pergi ke arah tujuan sebenar dia tadi.
‘Alah, Misha ini. Itu pun mahu berahsia. Tidak mengapa, saya akan tanya Tifanny dan Eliza kalau mereka tahu. Tetapi, mereka masih tidur! Ish, geramnya! Lebih baik jadi sleeping beauty!’ detik Jenny dalam hati bercampur dengan perasaan geramnya. Dia memang tidak suka orang berahsia dengan dia.
******
Setibanya di pekan Fairytale….
Misha terus pergi ke Gerai Mak Cik Olivia. Dia membeli bawang besar, minyak, ayam, gula, telur, dan ikan.
“Mak cik, berapa harga semua barang ni?” tanya Misha.
“Eh? Misha rupa-rupanya. Harga semua barang ini? Sekejap mak cik kira… RM 25 sahaja,” jawab mak cik Olivia.
“Ini duitnyak mak cik.” Misha lalu menyerahkan wang yang bernilai RM 25.
“Terima kasih, Misha. Datang lagi, ya.”
“Ya… saya pulang dulu ya, mak cik.”
*****
Di Kampung Fairytale….
Semua pari-pari keluar dari rumah. Nampaknya semua penduduk berasa sangat risau. Misha yang baru datang dari pekan melihat Eliza dan Tifanny juga turut keluar dari rumah. Misha lantas menuju ke Eliza dan Tifanny.
“Eliza, Tifanny.. apa yang sudah jadi? Kenapa semua penduduk kelihatan risau sahaja?”
“Haa! Itu pun awak. Puas saya cari. Awak pergi ke mana tadi?” tanya Eliza.
“Itu tidak penting! Yang penting sekarang kenapa penduduk kampung kelihatan risau?”
Eliza dan Tifanny lalu berpandangan sesama sendiri.
“Semua barang penduduk kampung hilang! ” jawab Eliza dan Tifanny secara serentak.
“Apa?” jerit Misha.
Tiba-tiba kampung Fairytale menjadi senyap. Rupa-rupanya Raja Midas berada di kampung itu.
Raja Midas lalu berkata, “Perhatian kepada penduduk kampung sekalian, jangan risau. Saya akan menghantar tiga orang dari kampung kita untuk menyelesaikan masalah ini.”
Seorang lelaki tua lantas ke hadapan menghadap Raja Midas. ” Tuan, saya ingin bertanya, siapakah orang tersebut?”
Raja Midas lalu menyerahkan sehelai kertas kepada Hang Jebat. Hang Jebat lalu membuka kertas tersebut. Sebelum memulakan bicaranya, dia berdeham dahulu.
“Tiga nama yang saya sebutkan nanti minta ke hadapan menghadap Raja.”
Di suatu sudut, kelihatan Misha, Tifanny, dan Eliza sedang berpegangan tangan.
“Harap-harap nama kita tidak disebut,” kata Eliza sambil memejamkan matanya.
“Amin,” jawab Misha
Tanpa membuang masa, Hang Jebat terus mengumumkan tiga nama iaitu Misha, Tifanny, dan Eliza. Ternyata doa mereka bertiga tidak termakbul. Mereka bertiga lalu pergi menghadap Raja.
Raja lalu berkata, “Tifanny, Misha, dan Eliza, kamu semua tahu pasti tahu mengapa kamu semua dipanggil ke hadapan. Beta harap kamu bertiga dapat menyelesaikan masalah ini kerana beta percaya kamu bertiga dapat melaksanakan tugasan ini.”
Tifanny, Misha, dan Eliza serentak berkata, “Baik, Raja Midas.”
Eliza lalu berkata, “Tetapi, kenapa pilih kami?”
Dengan pantasnya Misha mencubit Eliza lalu berkata, “Ish! Jangan cakap macam itu kepada Raja.”
Eliza lalu menjawab, “Ops….”
Raja Midas yang melihat gelagat mereka tersenyum kecil.
*****
Setelah pengumuman tamat, semua penduduk kampung Fairytale pulang ke rumah masing- masing. Setibanya Tifanny, Misha, dan Eliza di rumah, mereka lalu berbincang tentang misi yang perlu dilaksanakan.
“Eh, tidak percaya juga ya. Kita akan pergi menjalankan misi yang sangat sukar,” Eliza memulakan bicara .
“Betul. Bila kita mahu memulakan misi kita? Esok?” Tifanny menyoal.
“Lebih baik kalau kita menjalankan misi kita esok. Sekarang, kemaskan barang untuk keperluan misi kita,” celah Misha.
“Ai, ai, chief!” Dengan serentak Tifanny dan Eliza berkata.
*****
Keesokan harinya….
“Tifanny! Eliza! Cepatlah, penduduk kampung dan Raja dah menunggu kita,” jerit Misha.
Tifanny dan Eliza bergegas keluar untuk berjumpa dengan penduduk kampung dan Raja Midas. Semua penduduk memeluk mereka dan berkata “semoga berjaya” sekaligus memberikan kata semangat. Raja Midas juga tidak ketinggalan.
*****
Mereka bertiga memulakan perjalanan. Setelah dua jam menjalankan misi, mereka berehat di pohon pokok yang besar.
“Penatnya,” kata Misha sambil bersandar di pokok.
“Yalah,” jawab Eliza
“Cuba kamu berdua tengok dekat rumput itu. Ada benda bergerak-geraklah.,” kata Tifanny.
Mereka bertiga mengambil sebatang kayu sebagai perisai mereka. Mereka semakin dekat dengan rimbunan rumput tersebut lalu mereka membuka sedikit rumput itu.
“Eh, apa itu?” tanya Eliza apabila melihat susuk tubuh yang amat ganjil sedang bersembunyi di sebalik rimbunan rumput tersebut. Mereka memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat benda tersebut .
“Hobbit!” jerit mereka, lalu melompat dari rumput tersebut.
Dua hobbit perempuan tersebut pergi ke arah mereka bertiga lalu berkata, “Hai, selamat berkenalan. Nama saya Ziago dan ini kawan saya, Ursla.” Mereka menghulurkan tangan.
“Saya Misha, ini Tifanny, dan ini Eliza,” Misha berkata bagi mengetuai Eliza dan Tifanny.
“Apa tujuan kamu semua datang ke hutan Begaz ini?” tanya Ziago.
“Tujuan kami datang ke sini adalah kerana Raja Midas mengarahkan kami untuk menjalankan suatu misi iaitu mencari siapakah dalang di sebalik kes pencurian yang terjadi di kampung Fairytale,” jelas Misha kepada Ziago dan Ursla .
“Oh, begitu. Bolehkah kami tolong kamu semua untuk menjalankan misi tersebut? Kerana kami tahu siapakah yang selalu membuat kegiatan mencuri di kampung Fairytale. Tetapi ada syaratnya,” kata Ursla.
“Betulkah kamu berdua tahu? Sudah tentu boleh! Jikalau lebih banyak tenaga, lebih cepat misi selesai! Tetapi, apa syaratnya, Ursla?” kata Tifanny
“Syaratnya ialah buat kami menjadi tinggi dan buat muka kami menjadi jelita kerana kekurangan kami ini menyusahkan kami sahaja,” jawab Ziago beserta dengan anggukan Ursla.
“Oh, itu senang sahaja! Saya dan Tifanny dapat menunaikan permintaan kamu berdua. Asalkan kamu berdua membantu kami menyelesaikan misi kami,” kata Misha.
“Terima kasih,” jerit Ziago dan Ursla.
*****
Di kampung Fairytale.
Kelihatan seorang wanita tua sedang melangkah masuk ke dalam kampung Fairytale. Rupa - rupanya itu adalah nenek Misha iaitu, Nenek Elizabeth. Nenek Elizabeth pergi ke rumah Tifanny, Misha, dan Eliza .
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran pintu rumah Tifanny, Misha, dan Eliza diketuk. Namun, tiada sahutan walaupun diketuk banyak kali.
“Eh, manalah pergi mereka bertiga ini? Lebih baik aku pergi tanya jiran sebelah.”
Nenek Elizabeth lalu pergi ke rumah jiran mereka iaitu rumah Nenek Glinda. Nenek Elizabeth bertanya .
“Ke mana pergi Tifanny, Misha, dan Eliza?”
” .... ” Nenek Glinda terus memberitahu di manakah lokasi Tifanny, Misha, dan Eliza. Juga menyatakan tujuan mereka ke sana .
“Oh, begitu. Terima kasih,” kata Nenek Elizabeth kepada Nenek Glinda.
Nenek Elizabeth lalu pergi ke rumah Misha semula.
‘Nasiblah aku ada kunci simpanan rumah ini. Lebih baik aku tunggu mereka bertiga pulang setelah menyelesaikan misi,’ detik Nenek Elizabeth dalam hati.
*****
Setibanya Misha, Tifanny, Eliza, Ursla, dan Ziago di gunung Afrodo, iaitu tempat persembunyian Ratu Smigale dan anak buahnya. Mereka lalu menyeludup masuk ke dalam gua tersebut. Alangkah terkejutnya Tifanny, Misha, dan Eliza apabila melihat semua barang milik penduduk kampung Fairytale disimpan di situ.
“Tengok! Banyaknya barang yang dicuri oleh Ratu Smeagol!” jerit Eliza.
”Ratu Smigalelah! Bukan Ratu Smeagol,” kata Ursla.
”Eh, eh, salah sebut pula,” jawab Eliza.
”Jangan banyak cakap. Cepat ambil semua barang penduduk kampung ini, sebelum Ratu Smigale dan anak buahnya datang!” kata Ziago.
“Baiklah!” jawab mereka.
Semua orang bertungkus-lumus menyimpan semua barang penduduk kampung ke dalam sebuah kotak. Tiba-tiba….
Tidak semudah itu!” kata Ratu Smigale yang baru datang dengan anak buahnya.
Mereka semua melihat ke belakang, lalu terperanjat !
*****
Semua orang berasa risau tentang Misha, Tifanny, dan Eliza. Mereka semua tertanya-tanya adakah misi mereka berjaya? Kerana Raja Midas hanya memberikan masa dua hari, tetapi telah melebihi masa yang ditetapkan. Mereka menjalankan misi selama empat hari!
******
Pada suatu malam, Raja Midas menyuruh semua penduduk kampung Fairytale untuk berkumpul.
“Pada malam ini, beta mengarahkan kamu semua berkumpul kerana ingin berbicang tentang misi Tifanny, Misha, dan Eliza,” kata Raja Midas.
Nenek Elizabeth menjawab, “Yalah, sudah lama saya menunggu cucu saya.”
“Apa kata semua pengawal pergi mencari mereka?” Raja Midas memberi cadangan. Tibatiba….
“Raja Midas, misi kami berjaya! ” jerit Tifanny, Misha, dan Eliza. Di tangan mereka ada sebuah kotak besar yang menampung semua barang penduduk kampung
Semua penduduk bersorak keriangan!
Dapat dilihat riak muka Raja Midas menunujukkan perasaan bangga dan gembira kerana telah memilih orang yang betul dan kegembiraan penduduk kampung kembali semula.
“Tanniah saya ucapkan kepada kamu semua kerana telah berjaya. Dengan ini saya ingin mengucapkan kepada semua bahawa Tifanny, Misha, dan Eliza akan membentuk satu kumpulan hero iaitu kumpulan Trio Magical Heroin!” ucap Raja Midas dengan bangganya. Semua penduduk kampung bersorak riang dan menepuk tangan.
Tifanny, Misha, dan Eliza tersenyum.
Misha terlihat satu susuk tubuh manusia yang amat dikenalinya iaitu neneknya! Misha berlari ke arah neneknya lalu memeluk neneknya dengan erat.
Neneknya berkata, “Tanniah!”
Rupa-rupanya Tifanny, Misha, Eliza, Ursla, dan Ziago dapat melawan Ratu Smigale dan anak buahnya dengan bantuan kayu sakti kumpulan Trio Magical Hero.