Certot

TERUS BERUSAHA!!

Hasil nukilan Suhaib Zulfikri7 years agoKembara 16

Namaku Muhammad Aiman Bin Farid. Aku berumur 12 tahun dan menetap di Terengganu. Aku mempunyai satu cita-cita yang amat sukar untuk dicapai. Aku ingin menjadi seorang pengembara khazanah dunia. 

Aku ingin mengembara ke seluruh dunia dan mencari khazanah yang tersembunyi. Antara negara yang aku ingin mengembara ke negara-negara di serata dunia seperti Mesir, Amerika, China, dan lain-lain lagi.

Aku sedih kerana impianku sukar untuk dicapai. Namun, ayahku Encik Arif sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat seperti teruskan usaha!, tempuhi halangan! dan banyak lagi.

Aku akur dengan kata-katanya dan mula belajar bersungguh-sungguh. Aku mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Aku berasa gembira dengan kejayaan yang telah aku lakukan.

Namun, masih banyak halangan yang perlu aku tempuhi. Aku terus belajar bersungguh-sungguh. Aku berjaya mendapatkan 8A dalam Peperiksaan PT3 dan 11A dalam Peperiksaan SPM.

Usaha yang aku lakukan selama ini membuahkan hasil. Aku telah berjaya menjadi seorang pengembara khazanah dunia. Aku telah mengembara ke serata tempat di seluruh dunia.

Ayahku, Encik Arif mengukir senyuman gembira dengan kejayaan yang aku telah lakukan.

Aku mengucapkan terima kasih kepada ayahku atas dorongannya itu.

Kini, aku tahu bahawa kita perlu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai impian yang kita idamkan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: