Semasa ini, aku bersembunyi disebalik dinding, melihat mamaku melawan musuh ketatnya, Mr Black. Sebenarnya, mamaku seorang superhero. Dia dihadiahkan kuasa istimewa semasa melahirkan aku.
“Ambil ini!” Mr Black mencampak objek-objek ke arah mamaku. Tetapi, mamaku dapat berlindung dengan kuasanya.
“Mahu main tahap susah?” Mr Black tiba-tiba mengarahkan tangan robotnya untuk mencapai aku. “Cepat serahkan bebola kuasa! Kalau tidak, saya hancurkan dia habis-habisan.”
“Lepaskan saya!” aku menjerit.
“Arif! Baik, saya akan serahkan bebola kuasa, tetapi lepaskan Arif dahulu!” Mamaku menjadi lemah apabila ditembak laser.
Aku geram dengan Mr Black. Aku perlu bertindak segera. Dengan tidak sedar, aku telah dikeluarkan daripada tangan robot Mr Black. Aku adalah Ironboy! Aku turun ke bawah untuk mencapai butang on/off tangan robot Mr Black.
“Kau tidak akan dapat aku!” aku menjerit sambil melompat daripada tangan robot Mr Black. Aku tekan butang tersebut dan berjaya!
“Tidak!” Mr Black melarikan diri. Aku mencapai mamaku.
“Mama okey?” Mama bangun.
“Mama tahu anak mama superhero!” Mama memelukku.
Aku berkata, “Arif adalah Ironboy!”
‘Dan aku juga superhero…,’ aku membisik dalam hati.