Certot

Superhero Itu Ayahku

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL 3 years agoSuperhero 14

SWUSH!

Bunyi angin yang sangat laju merentasi jalan raya. Ya, itulah superhero bandar ini! Dialah Super Dad! Super Dad sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan bandar itu.

Lain pula ceritanya apabila di rumah. Super Dad memasuki rumah dengan berpakaian biasa. Kelihatan rumah tunggang-langgang dan bersepah! Super Dad mengeluh penat. Setiap hari dia perlu menyelamatkan bandar. Di rumah pula, dia perlu menjaga anak-anaknya sejak kematian isterinya dua tahun lalu.

Super Dad bernasib baik kerana anak-anaknya semua sudah besar. Tetapi, perangai seperti budak-budak lima enam tahun sahaja. 

Seorang anaknya bertanya, “Ayah kerja apa, ya? Ayah tidak pernah beritahu kami.” 

Lalu ayahnya menjawab, “Ayah bekerja pejabat,” jawab ayahnya. Super Dad terpaksa menipu anak-anaknya kerana endititinya sebagai superhero perlu disorokkan walaupun dengan anak-anaknya sendiri. Sekiranya diketahui, bahaya akan mengundang!

Super Dad dengan segera mengemaskan rumahnya yang menjadi tunggang-langgang. Setelah selesai, Super Dad mandi dan memasak untuk anak-anaknya. Sekali lagi, anaknya bertanya, “Kalau ayah kerja pejabat, kenapa ayah balik pada waktu malam?” 

Ayahnya menjawab, “Mestilah ayah balik malam, ayah OT untuk mendapat duit lebih. Duit tu untuk kamu semua juga.”

Ayah hairan kerana anaknya secara tiba-tiba bertanya tentang pekerjaannya. Sebelum ni tidak ada pula mereka bertanya. Atau mungkin mereka sudah tahu perkejaanku! Habislah, aku perlu merahsiakannya! Aku perlu lebih berhati-hati. Jikalau diketahui oleh anak-anakku, nayalah aku!

Keesokkannya, ayah membawa anak-anaknya pergi bercuti di Goald Cost di Amerika. Ketika menaiki kapal terbang, anak-anaknya menjerit keseronokan! Pening kepala Super Dad jadinya. Dia membawa anak-anaknya bercuti di Amerika kerana atas urusan kerja dan demi merahsiakan identitinya. Ketika anak-anaknya berseronok di Goalad Cost, si ayah meninggalkan mereka dan meneruskan kerja sebagai superhero!

Itulah ayah, sekejap menjadi superhero, sekejap lagi pula menjadi ayah yang penyayang! Sebagai ayah, mereka perlu mencari rezeki demi anak-anaknya walau susah mana pun perkejaan. Hargailah ayah adik-adik!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: