Certot

Shine Princess

Hasil nukilan Syahkitty about 8 years agoSukan 20

  Aku Puteri Farahya Hani. Panggil aku Rahya. Puteri Rahya, nama singkatan. Aku puteri yang gemuk. Sering dipinggirkan oleh rakan-rakanku di sekolahku yang disediakan khas untuk golongan bangsawan. Sehingga suatu hari aku meminta untuk dipindahkan ke sekolah rakyat. Sekolah yang tiada prestij. Ayahanda hanya tersenyum dan setuju.

 *****

  Kini, aku berada di hadapan pagar sekolah baruku. Aku gementar dan gemuruh untuk mengenali kawan-kawan baruku di sini. Aku segera berlalu ke kelas untuk tidak membazir minit dan saat yang amat bernilai.

  Loceng sekolah bergema menandakan masa untuk sesi pembelajaran sudah bermula. Guruku di hadapan kelas sibuk mengajar, tetapi fikiranku melayang sehingga ke angkasa lepas. 

“Baik, murid-murid. Minggu ini akan diadakan latihan sukan. Semua pelajar harus melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hari sukan akan diadakan tidak lama lagi. Baiklah, itu sahaja,” kata Cikgu Zahirah Mazni.

  Aku hanya tersenyum kelat apabila mendengar perkataan yang sungguh menakutkan. Sukan. Ya, sukan. Aduh, pasti aku digelakkan oleh warga sekolah apabila melihat aku bersukan. Habislah aku!

  *****

  Waktu kokurikulum sudah pun bermula! Aku dipilih untuk menyertai pertandingan lumba lari kerana atlet lumba lari cedera patah kaki. Aduh, menyeramkan sungguh! 

‘Apalah akan terjadi ketika aku bertanding nanti?’ detik hatiku.

  Pelbagai latihan aku lakukan. Seperti latihan meningkatkan stamina dan teknik melajukan larianku. Aku kini semakin langsing tanpa aku sedari. Aku terlalu sibuk untuk memikirkan tentang berat badanku lagi.

  *****

  Hari sukan sudah tiba! Pertandingan lumba lari adalah pertandingan pertama yang akan diadakan. Jantungku berdegup kencang. Kini, tibalah saatku untukku mengaplikasi segala latihan yang telah aku lalui. Memenangi pertandingan ini misiku!

  Preet!

  Aku segera membuka langkah larianku. Setakat ini, larianku berjaya mendahului semua peserta lain. Aku segera melajukan langkah larianku. Tiba-tiba aku tersungkur di dalam trek larian. Semua penyokongku segera menjerit seperti hendak histeria memberikan sokongan. Tangan yang terjulur padaku segera menyambutnya.

‘Eh, itu tangan peserta lain! Terima kasih!’ Detik hatiku. Kini aku tiba di penamat trek larian!

  *****

  Ya! Kini aku memenangi pertandingan lumba lari. Aku mendapat tempat pertama dalam pertandingan manakala peserta yang membantuku mendapat tempat kedua. Aku mengucapkan terima kasih kepada peserta yang membantuku itu. Dia hanya tersenyum dan sehingga kini aku tetap berkawan rapat dengannya. Kini, aku faham kemanisan bersahabat. Keyakinan diriku juga semakin tinggi dan diriku sudah langsing. Alhamdulillah.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: