Certot

SEMANGAT

Hasil nukilan MUHAMMAD HAZIM AZZAM BIN AZZAM 4 years agoSukan 27

           

           

Aku mendongak ke langit malam yang gelap dan hatiku bagaikan kelam sekelam malam itu. Ketika mengenangkan wajah orang yang aku benci, bertambah kegelapan malam itu kerana dia yang mematahkan semangat aku untuk memenangi perlawanan badminton antara sekolah. Setiap detik, setiap saat, ingatan aku diasak oleh kata-kata penghinaan itu!

“Hoi Reza! Kamu fikir raket buruk kamu itu mampu menewaskan aku? Buang sahaja ke dalam tong sampah!” ejek Aziz, juara badminton antara sekolah selama tiga tahun berturut-turut.

Hatiku ketika itu seakan gunung berapi yang meletus, tetapi aku tetap bersabar untuk menguatkan keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan yang Maha Satu.

    Pada malam itu, tiba terbitnya sinaran bulan membasahi pentas dunia, aku cuba untuk melepaskan dendam kesumat dalam hati ini tetapi sia-sia. Angin yang bertiup nyaman pada malam itu melalui celah-celah rambutku, barangkali dendam masih tersirat sejak petang tadi. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan tepukan pada bahu kananku.

“Reza, ada masalah?” Ibuku mengajukan soalan yang memberi kesan amat mendalam kepadaku.

Tiba-tiba terasa gerimis   jernih mengalir memamah pipiku ini sambil aku menjerit lalu berkata “Ibu, apakah orang miskin seperti kita ini tidak layak mengecapi kejayaan?”

Ibuku menarik nafas yang dalam sebelum menjawab persoalanku. Terpancar riak tenang di wajahnya yang terdapat beberapa garis kedutan. “Reza, ingat lagi tidak kisah Nabi Yusuf yang bersabar dan tidak berdendam walaupun disakiti oleh saudaranya sendiri?”

Lalu ibuku beredar dari tempat duduknya tetapi meninggalkan kata-kata keinsafan dan dorongan yang masih terngiang-ngiang di telingaku. “Ya, aku mahu menjadi seorang Yusuf yang tabah memaafkan saudara-saudaranya.” 

*****

Keesokan harinya….

    Kelihatan sinaran mentari mula mengembangkan sayapnya, kedengaran bunyi sorakan yang kuat. Sewaktu itu aku sedang memakai kasut sukan yang berjenama Adidas, lalu menggenggam sebatang raket kebanggaan arwah ayah yang telah lama meninggal.

“Reza Bin Ahmad.” Namaku tiba-tiba diumumkan agar masuk ke gelanggang perlawanan. Dengan Langkah yang gementar. Aku melangkah masuk ke dalam gelanggang seraya berdoa.

“Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Kau berilah kemanangan yang berpihak kepadaku. Amin Ya Rabbal Alamin.”

      Maka bermulalah Pertandingan Akhir Badminton antara sekolah. Setiap pukulan yang dihantar oleh pihak lawan, berjaya aku tangkis dengan baik. Ketika perlawanan sedang berlangsung, secara tiba-tiba telingaku terdengar sepotong ayat yang amat tajam hujungnya sehingga menikam hati ini.

“Reza,  kamu pasti akan kalah.” Ayat itu diulang berkali-kali sehingga mata pemarkahan kami, seri 20-20. Aku menjadi semakin gementar dan pada masa yang sama, hatiku meluap-luap bagaikan bom nuklear yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Fikiranku bingung membayangkan kekalahan yang bakal menimpa diriku. Aku juga khuatir selepas mendengar sepotong ayat yang berbisa dilontarkan sebentar tadi akan memberi impak negatif buat diriku. Tetapi Aku bertekad bahawa kemenangan ini pasti menjadi milikku.

    Lalu aku memandang ke atas dan melihat bulu tangkis turun menjunam seakan tsunami yang besar melanda Acheh, tetapi aku tidak gementar akan ketangkasan bulu tangkis itu walaupun setajam peluru pemandu Israel. Justeru aku melompat bagaikan harimau menerkam mangsanya dari jarak atas dan aku membalas pukulan itu dengan pukulan terakhir yakni pukulan kemenangan.

“Nampaknya, kemenangan berpihak kepada Reza!” 

Ketika itu aku baru faham, bahawa sebaik-baik manusia itu ialah manusia yang bersabar. Terima kasih ibu kerana memberi sokongan kepada diriku. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: