Certot

Sebuah Rumah Agam

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 7 years agoMisteri 75

Nama aku Aishah  Sofea. Aku tinggal berdekatan dengan kawasan Istana Budaya, Kuala Lumpur. Satu hari, aku beriadah bersama rakan-rakanku, Rina dan Anzalna. Ketika kami lalu di hadapan hutan, kami teringat bahawa yang ibu bapa kami melarang ke sana aras sebab tertentu. Kami cuba menyingkap misteri di sebalik hutan itu. 

Jauh di dalam hutan, terdapat sebuah rumah agam yang usang. Mungkin rumah itu milik seseorang. Kami memasuki rumah agam tersebut. Kami cuba melihat sekitar rumah tersebut sehingga menyedari rakanku, Rina cedera manakala Anzalna pengsan. 

Aku cuba memanggil orang yang berdekatan untuk memberi pertolongan kepada rakanku. Beberapa minit kemudian , sebuah rombongan datang kepada kami. Rupa-rupanya itu orang kampung yang mahu memberikan pertolongan kepada kami. 

Setelah kami selamat, barulah kami tahu sebab ibu bapaku melarang aku dan rakan-rakanku bermain di dalam hutan tersebut kerana sangat bahaya. Sejak kejadian itu, kami tidak pergi ke situ lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: