Certot

Sebentar Cuma

Hasil nukilan Laila Lyana 3 years agoFiksyen 85

“HAKIMI.” Terkelip-kelip mata Azalea melihat lampu. Terang!

“Awak sudah sedar?” Hakimi tersenyum. Dia mengejutkan Camellia dan Ixora yang sedang nyenyak tidur di sofa. “Melly, Kak Ixora, Lea sudah sedar!”

“What happened?” soal Azalea. Dia cuba bangun, namun tidak berdaya.

“Tidak perlu bangun. Awak masih dalam keadaan lemah. Tambahan pula, sudah seminggu awak tidak sedarkan diri,” ujar Camellia. Berkerut dahi Azalea mendengar kata-kata Camellia.

“Apa yang berlaku sebenarnya?” Azalea tidak berpuas hati apabila soalannya tidak berjawab.

“Sebenarnya….” Hakimi dan Camellia nampak serba salah, tetapi Azalea terus menggesa. “Kereta yang awak dan Danny naiki seminggu lepas, dilanggar lari. Kak Sakura dan bonda cuma cedera keci, tetapi Danny….”

“Kenapa dengan Danny?” Azalea memandang tepat ke mata Hakimi, menagih jawapan.

“Dia kehilangan banyak darah…,” balas Camellia.

“Bagaimana keadaan dia sekarang?”

“Masih stabil tetapi jika kita tidak jumpa penderma darah dalam masa yang terdekat… Danny mungkin akan pergi buat selamanya.”



AZALEA menyelak album gambar yang dibawa Camellia. Kata doktor yang merawat Danny, tiada siapa yang mempunyai jenis darah yang sama seperti Danny di kalangan mereka, kecuali Azalea. Tetapi, Azalea dilarang menderma kerana satu sebab.

Malah, ada sesuatu yang memberi kejutan buat mereka semua. Kejutan yang membuatkan kaki Azalea menggigil-gigil.

“Danny… bukan anak kandung bonda dan ayahanda.”

Dia dan Camellia, hampir pengsan mendengar ayat Puan Sri Qisha. Benarkah? Jadi kerana hal itu, Danny mungkin kehilangan nyawanya? Ini tidak adil!

“Lea, jom makan ubat,” jururawat bertag nama Lisa itu menegurnya. Azalea mengangkat muka dan memandang wajah Lisa.

“Danny… dia masih stabil?” tanya Azalea. Dia mengambil ubat dari tangan Lisa dan menelannya bersama segelas air.

“Fayadh Daniel? Oh, dia masih stabil setakat ini. Lea mahu lawat dia nanti?” soal Lisa. “Mesti Lea dan Danny rapat, bukan? Kak Lisa dengar, kamu kawan baik.”

“Ya. Lea dan Danny kenal sejak kecil.” Lisa mengangguk. Dia mencapai tangan Azalea dan menggenggamnya.

“Percayalah, Danny akan selamat. Dia tidak akan ke mana-mana. Kelak nanti, pasti dia sedar.” 



“KAMI sudah jumpa penderma darah untuk Daniel,” penyataan Doktor Radhi yang merawat Danny membuatkan Hakimi tersenyum lebar. Jika tidak kerana jururawat lalu lalang di koridor, dia sudah melompat mencapai bintang! “Tapi, Daniel mungkin akan koma untuk beberapa bulan setelah proses yang bakal dilakukan nanti.”

“Tapi dia masih selamat, bukan?” Kedengaran suara Tan Sri Azhar.

“Ya, dia masih selamat.” Hakimi mengucap syukur. 

Tiba-tiba, seorang jururawat tergesa-gesa masuk ke dalam pejabat Doktor Radhi. “Doktor, ada seorang pesakit….”



PUSARA yang masih merah tanahnya dipandang Hakimi. Siapa sangka ini bakal berlaku? Dia baru saja bergembira, mengapa?

“I’ll miss you, Azalea….”

Kerosakan hati menjadi punca pemergian Azalea.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: