Certot

Sahabatku

Hasil nukilan Syahkitty 7 years agoFiksyen 24

Aku mempunyai seorang sahabat yang berpenyakit.  Tetapi, aku tidak kisah.  Sama sekali tidak peduli. Biarlah mereka mencela dan menghina, aku tetap dengan pendirianku. Dia tetap sahabatku!

  Sahabatku itu bernama Jarmilani binti Zarif. Dia seorang anak yatim. Tiada ibu dan ayah. Tempatnya berteduh hanya sebuah rumah yang dibina untuk anak yatim. Dia sebenarnya seorang anak orang kaya dan tidak berpenyakit. Tetapi, selepas kemalangan ngeri yang terjadi telah meragut nyawa ahli keluarganya dan dirinya berpenyakit. Saudara maranya pula telah mengaut segala empayar syarikat ibu dan ayahnya. Lalu, dia dihantar ke rumah anak yatim. Mujurlah kos persekolahannya ditanggung oleh kerajaan.

Pada suatu hari, aku dan sahabatku melintasi  jalan raya  untuk pulang dari sekolah. Tiba tiba tanpa kami sedari dan sangka, sebuah kenderaan yang  dipandu  dengan laju telah melanggar sahabatku! Ya Allah! Alangkah terkejutnya aku! Aku  menangis sambil mengenang memori diriku bersamanya. Segala suka dan duka telah kami lalui bersama. Pelbagai kisah telah kita lalui, sahabat!

Kereta yang dipandu laju tadi hanya berlalu pergi begitu sahaja. Aku segera menelefon guru di sekolahku untuk meminta bantuan. Selepas aku membuat panggilan, aku hanya terduduk sambil menangis di sisi sahabatku. Sahabatku, aku mahu engkau tahu bahawa aku terlalu sayangkan kau! 

Neno! Neno! 

Bunyi siren ambulans tiba! Pegawai hospital segera menghampiri. Cikgu kami juga turut berlari ke arah kami berdua sambil menangis. Tanganku kini penuh dengan darah. Hanya aku biarkan. Nyawa sahabatku leih penting daripada perkara ini!

  *****

Kini, aku diberitahu bahawa sahabatku telah pergi meninggalkanku! Jarmilaini! Mengapa engkau tinggalkan aku sendirian? Aku mahukan engkau. Maka, aku menangis sepuas-puasnya di situ kerana amat mengasihi sahabatku yang paling rapat seperti isi dengan kuku. Aku segera mengelap air mataku. Aku perlu berjaya bukan sahaja untuk ibu dan ayahku, tetapi juga untuk sahabatku!

*****

Beberapa tahun berlalu….

Aku telah berjaya menjadi seorang doktor pakar bedah. Kini, aku telah membantu ramai pesakit yang memerlukan bantuanku. Tetapi, engkau sentiasa di hatiku, sahabatku! Aku rindukan sahabatku! Beginilah kisah hidupku dengan sahabatku, Jarmilaini….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: